AZM Rovers FC Jelaskan Sebab Tidak Sertai Liga A1 Musim 2026/27

AZM Rovers FC menjelaskan keputusan untuk tidak menyertai saingan Liga A1 musim 2026/27 dibuat selepas pertimbangan yang teliti dengan mengutamakan kestabilan kewangan serta kelangsungan kumpulan perniagaan AZM Group.

Pihak kelab memaklumkan mereka menghargai setiap reaksi, sokongan dan maklum balas yang diterima daripada penyokong susulan pengumuman tersebut.

Sebelum ini kelab yang berpangkalan di Kota Bharu itu layak secara automatik ke saingan Liga A1 Semipro selepas menjuarai Liga A2 musim lalu.

Utamakan Kebajikan Lebih 100 Warga Kerja

Menurut kenyataan itu, di sebalik operasi sebuah kelab bola sepak terdapat lebih 100 warga kerja termasuk pekerja subkontraktor yang bergantung kepada kumpulan syarikat berkenaan.

Justeru, pihak pengurusan merasakan setiap keputusan perlu dibuat dengan mengambil kira masa depan mereka, selain memastikan pertumbuhan syarikat-syarikat di bawah AZM Group yang kini menunjukkan perkembangan positif tidak terjejas.

Berpegang Pada Prinsip Kewangan Yang Kukuh

AZM Rovers FC turut menjelaskan sejak penubuhannya, kelab sentiasa mengamalkan prinsip hanya menyertai liga apabila mempunyai peruntukan kewangan yang mencukupi.

Sebagai contoh, jika kos semusim Liga A2 dianggarkan sekitar RM500,000, pihak kelab akan menyediakan keseluruhan atau sekurang-kurangnya 80 peratus daripada jumlah tersebut sebelum musim bermula.

Menurut mereka, pendekatan itu membolehkan operasi kelab berjalan lebih lancar dan pemain serta pegawai dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada saingan liga.

Bagaimanapun, bagi Liga A1, jumlah peruntukan yang diperlukan dianggarkan hampir empat kali ganda berbanding Liga A2, sekali gus menjadi faktor utama keputusan menangguhkan penyertaan.

Sasar Model Kelab Yang Lebih Mampan

AZM Rovers FC berkata, keutamaan ketika ini adalah membina sumber pendapatan yang lebih mampan supaya kelab tidak bergantung sepenuhnya kepada dana AZM Group, tajaan, kutipan tiket atau jualan jersi.

Kelab menyifatkan keputusan itu sebagai satu langkah strategik dan bukannya penamat, malah yakin akan kembali bersaing apabila benar-benar bersedia dengan asas kewangan yang lebih kukuh.

Pihak pengurusan turut merakamkan penghargaan kepada semua penyokong, pemain, penaja dan warga kerja yang terus memahami serta menyokong hala tuju kelab.

Sumber: AZM Rovers FC

SHARE:

TERKINI

PRN Johor: Khairuddin Ajak Ahli PAS Undi BN Di Kawasan Tidak Tanding
|
Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Khairuddin Takiri…
Markas Ajaran Syiah Diserbu, 226 Individu Termasuk 28 Kanak-Kanak Diperiksa
|
Sebuah premis di Pusat Perdagangan Lagoon Perdana di Petaling…
KRW FC Laku Keras, Tarik Minat Syarikat Besar Jadi Penaja
|
Bakal beraksi di pentas tertinggi bola sepak negara musim…
Klinik Swasta Tanpa Tauliah, Warga Pakistan Jadi Doktor Palsu
|
Seorang lelaki warga Pakistan ditahan selepas disyaki menyamar sebagai…
Pantai Timur Catat Kadar Penagihan Pil Kuda Tertinggi Di Negara
|
Negeri-negeri di Pantai Timur mencatat kadar penagihan dadah sintetik…
Lebih 10 Tong Sampah PBT Dibakar, Kelantan Rugi Lebih RM100,000
|
Kerajaan Kelantan menanggung kerugian melebihi RM100,000 selepas lebih 10…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!