Kelantan City FC Perkenal Logo Baharu Dan Jurulatih Dari Brazil

Kelantan City FC secara rasmi memperkenalkan logo baharu kelab sebagai sebahagian daripada proses penjenamaan semula daripada Kelantan WTS FC menjelang saingan musim 2026/2027.

Menurut kenyataan Kelantan City, logo baharu itu menampilkan imej lebih segar dan profesional, namun masih mengekalkan bentuk perisai asal yang menjadi simbol kesinambungan sejarah, identiti serta perjuangan kelab sejak penubuhannya.

Penjenamaan semula ini bukan sekadar melibatkan pertukaran nama dan logo, malah menggambarkan aspirasi baharu kelab untuk berkembang sebagai pasukan yang lebih progresif, kompetitif dan dekat di hati penyokong bola sepak Kelantan.

Walaupun tampil dengan identiti baharu, Kelantan City FC menegaskan semangat juang, komitmen serta cita-cita untuk mengharumkan nama Kelantan akan terus menjadi tunjang utama perjuangan pasukan itu.

Annuar Musa Dan Konsortium Ex-Treble Dikaitkan Dengan Pengambilalihan

Sebelum ini, dilaporkan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Annuar Musa bersama Konsortium Ex-Treble Kelantan yang terdiri daripada bekas pemain-pemain The Red Warriors bersedia mengambil alih Kelantan WTS FC.

Langkah itu dilihat sebagai usaha menghidupkan semula kegemilangan bola sepak Kelantan menerusi penubuhan semula pasukan yang kini dikenali sebagai Kelantan City FC.

Jurulatih Berpengalaman Dari Brazil Kemudi Pasukan

Dalam perkembangan sama, Kelantan City FC turut mengumumkan pelantikan jurulatih kelahiran Brazil, Wanderley Machado Da Silva Junior sebagai Ketua Jurulatih baharu bagi menghadapi saingan Liga A1 musim 2026/2027.

WANDERLEY MACHADO DA SILVA JUNIOR


Beliau membawa pengalaman lebih 30 tahun dalam dunia bola sepak profesional melibatkan Amerika Selatan, Eropah dan Asia.

Antara pencapaian terbaik beliau adalah membantu Lamphun Warrior muncul juara Thai League 2 sebelum membawa pasukan itu beraksi di Thai League 1.

Wanderley juga bukan nama asing dalam bola sepak Malaysia apabila pernah membimbing Kuala Lumpur FA pada musim 2016 hingga 2017.

Sepanjang tempoh itu, beliau berjaya membantu skuad ibu negara mempamerkan prestasi cemerlang sehingga menerima pengiktirafan sebagai Jurulatih Terbaik Bulanan Liga Malaysia bagi Januari 2017.

Sudah Mula Pantau Persiapan Pasukan

Jurulatih berusia 62 tahun itu dilaporkan mula menjalankan tugas secara rasmi bersama Kelantan City FC pada 9 Jun lalu.

Sejak ketibaannya, beliau turut memantau prestasi pemain-pemain Kelantan City FC yang beraksi dalam kejohanan Wanchai Cup Thailand 2026 sebagai sebahagian daripada persiapan menghadapi musim baharu.

Pengalaman luas yang dimiliki dalam Liga Malaysia dijangka menjadi kelebihan besar buat Kelantan City FC dalam usaha membentuk sebuah pasukan yang lebih kompetitif untuk musim akan datang.

SHARE:

TERKINI

Anak Tukang Kebun Sekolah Dari Bachok Raih PNGK 4.00 Dalam STPM
|
Dua kali gagal dalam temuduga Institut Pengajian Guru (IPG)…
“Saya Mahu Hafaz Al-Quran” Mazraoui Bakal Bersara Awal Selepas Piala Dunia 2026
|
Pemain pertahanan Maghribi, Noussair Mazraoui mengejutkan ramai peminat bola…
Lima Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kes Dua Sepupu Hilang Di Kota Bharu
|
Polis menahan lima lelaki bagi membantu siasatan berhubung kehilangan…
Wanita Ditahan Jual Beras Seludup Di Pasir Mas
|
Seorang wanita ditahan selepas dipercayai terlibat dalam penjualan beras…
Dua Beradik Ditahan Simpan Dadah Bernilai RM1.76 Juta Dalam Rumah Di Kuala Terengganu
|
Polis menahan dua beradik selepas disyaki menjadikan rumah mereka…
Rempuh Kenderaan PGA, Lelaki Ditahan Bersama Dadah Di Pasir Mas
|
Seorang lelaki berusia 28 tahun ditahan selepas merempuh kenderaan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!