Harraz Waiz Perlu Suntikan Spiranza RM60,000 Setahun Untuk Terus Bernafas

Perasaan seorang bapa tidak pernah luntur dalam usaha menjaga anak yang diuji dengan penyakit saraf, Spinal Muscular Atrophy (SMA) Jenis 1 sejak usia empat bulan.

Saiful Shahrin Salleh dari Pengkalan Chepa berkata, dia akui tidak mudah melalui ujian ini, namun memilih untuk terus berjuang berbanding berputus asa atau mengikut emosi.

Anaknya, Muhammad Harraz Waiz yang kini berusia enam tahun, tidak mampu bercakap, terlantar serta bergantung sepenuhnya kepada mesin bantuan pernafasan akibat keadaan kesihatan yang semakin kritikal.

Keadaan itu memaksa Saiful Shahrin berhenti kerja sebagai pemandu lori di pelabuhan bagi memberi tumpuan sepenuhnya menjaga anaknya bersama isteri, Nik Nurul Shuhada Nik Soh@Yusoff.

Kehidupan Harian Bergantung Bantuan Perubatan

Pasangan ini kini bergilir menjaga Waiz di rumah dan hospital, terutama ketika anak mereka pernah dimasukkan ke wad akibat jangkitan paru-paru yang memerlukan rawatan hampir tiga minggu.

Doktor turut menyarankan rawatan suntikan Spiranza yang perlu diambil sepanjang hayat bagi membantu menguatkan otot saraf, namun kosnya mencecah sekitar RM50,000 hingga RM60,000 setahun.

harraz waiz spinal muscular atrophy


Menurut Saiful Shahrin, mereka memerlukan sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan untuk susu khas serta kira-kira RM1,000 bagi bil utiliti kerana mesin bantuan pernafasan perlu beroperasi 24 jam.

Setakat ini, keluarga menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 sebulan serta bantuan Majlis Agama Islam Kelantan, namun masih perlu mencari dana tambahan sendiri.

Ujian Besar Pernah Kehilangan Anak

Lebih menyentuh perasaan, pasangan ini pernah kehilangan anak sulung mereka, Muhammad Harraz Naufal yang turut menghidap penyakit sama dan meninggal dunia ketika usia dua bulan 26 hari.

Walaupun pernah melalui kehilangan besar, mereka tetap berusaha menjaga Waiz dengan harapan ada keajaiban dan kesembuhan suatu hari nanti.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam 03036022657533 atas nama Nik Nurul Shuhada Nik Soh@Yusoff.

Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

32 Tahun Beroperasi, Kedai Keropok Musnah Dijilat Api, Kerugian Cecah RM500,000
|
Sebuah premis perniagaan keropok warisan keluarga yang sudah beroperasi…
Cikgu Borong 100kg Durian Musang King Di Gua Musang, Muat Dalam Volkswagen Beetle
|
Musim durian kali ini bukan sahaja membawa lambakan buah,…
Lelaki Ditahan Bersama 1,070 Pil Yaba Bernilai RM10,700 Dalam Axia
|
Tindakan seorang lelaki menyimpan lebih 1,070 pil yaba bernilai…
Juruwang Songlap Pin Touch ‘n Go Pasar Raya Lebih RM500,000 Sejak 2022
|
Tindakan seorang bekas juruwang pasar raya menyalahgunakan mesin terminal…
Imam Kelantan Kini Miliki Sijil Kemahiran Malaysia Dalam Pengurusan Masjid
|
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)…
Penjaring Gol Terpantas Piala Dunia Kini Jadi Pelarian Di Amerika Syarikat
|
Nama Hakan Sukur pernah disanjung sebagai antara pemain bola…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!