Tindakan Masjid An-Naim Sri Cemerlang di Kota Bharu menyiarkan ceramah agama melalui skrin gergasi di luar pekarangan masjid mencuri perhatian ramai apabila rakaman tersebut tular di TikTok.
Inisiatif berkenaan membolehkan ceramah agama dipaparkan menghadap jalan raya, sekali gus membolehkan orang awam mendengar dan melihat penyampaian dakwah walaupun hanya ketika berhenti di lampu isyarat berhampiran.
Dakwah Sampai Ke Tepi Jalan
Menerusi perkongsian pengguna media sosial, usaha tersebut dianggap unik kerana memberi peluang kepada orang ramai untuk menerima ilmu agama secara spontan ketika berada di kawasan sekitar masjid.
Rata-rata netizen turut memuji pendekatan itu yang disifatkan sebagai kreatif dan dekat dengan masyarakat.
Netizen Kongsi Reaksi Positif
Seorang pengguna TikTok berkata, kadangkala sesuatu peringatan yang didengar secara tidak sengaja boleh membuka hati seseorang untuk mendekati masjid.
“Kadang-kadang asbab kita dengar dekat lampu isyarat je, tiba-tiba Allah gerakkan hati untuk singgah dengar ceramah sebab masa dengar (dekat luar) macam tergantung dan nak dengar apa kesudahan ceramah tu.
“Asbab tu boleh jadi jemaah sekali. Hebat kuasa Allah,” katanya.
Inisiatif tersebut turut dilihat sebagai satu pendekatan dakwah moden yang lebih dekat dengan masyarakat, khususnya pengguna jalan raya yang melalui kawasan masjid.
SHARE:
