Malaria Bawaan Rohingya Serang Terengganu, JKNT Keluar Amaran Tahap Tinggi

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mengeluarkan amaran tinggi susulan peningkatan kes malaria dalam kalangan warga Rohingya di negeri ini.

Sektor Kawalan Penyakit Bawaan Vektor JKNT setakat ini menerima 17 kes malaria, dengan 10 daripadanya membabitkan jangkitan malaria jenis Plasmodium vivax dalam kalangan warga Rohingya kategori import.

Kes Baharu Dikesan Di Dungun Dan Kuala Nerus

Kes terbaharu malaria dilaporkan dikesan di daerah Dungun dan Kuala Nerus.

Hasil siasatan mendapati semua kes berkenaan dipercayai membabitkan individu yang memasuki negara ini secara tidak sah. Selain itu, maklumat berkaitan pergerakan mereka juga sukar diperoleh.

Saringan Diperketat Di Fasiliti Kesihatan

Sehubungan itu, semua hospital, klinik kesihatan dan klinik desa di Terengganu diarahkan mempergiatkan aktiviti saringan menerusi pendekatan Active Case Detection (ACD) dan Passive Case Detection (PCD).

Langkah tersebut termasuk menjalankan pemeriksaan terhadap semua warga Rohingya yang hadir ke fasiliti kesihatan, termasuk ibu mengandung dan individu yang telah lama berada di Malaysia.

Pihak berkuasa kesihatan turut menegaskan tindakan segera perlu diambil bagi membendung penularan jangkitan kepada masyarakat tempatan.


Sumber: Terengganu Voice, Harian Metro

SHARE:

TERKINI

Jalan Kuala Krai–Gua Musang Ditutup Sementara 28 Julai Bagi Kerja Letupan Batu
|
Pengguna Jalan Persekutuan FT08 yang merancang perjalanan antara Kuala…
Kereta Berisi Bom Meletup Di Balai Polis Narathiwat
|
Sebuah kereta yang dipasang bahan letupan menggegarkan kawasan Balai…
Kanak-Kanak Perempuan Dua Tahun Maut Dirempuh Lori Dipandu Datuk Sendiri
|
Suasana tenang di sebuah rumah di Kampung Bukit Kuang,…
Projek Solar LSS5 Pasir Mas Mampu Bekalkan Elektrik Kepada 75,000 Rumah
|
Kelantan bakal melakar satu lagi pencapaian dalam pembangunan tenaga…
Lima Anggota Renjer Thailand Maut Dalam Serangan Hendap Di Narathiwat
|
Lima anggota Renjer Tentera Thailand terbunuh dalam satu serangan…
HRPZ II Bakal Terima Makmal Patologi Baharu Bernilai RM175 Juta
|
Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!