JKN Kelantan Siasat Isu Remaja Sesak Nafas Tunggu Lama Di Hospital Tumpat

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kelantan menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan kelewatan rawatan melibatkan seorang remaja perempuan di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Tumpat, kelmarin.

JKN Kelantan menerusi kenyataan media memaklumkan pihaknya memandang serius dakwaan yang tular berkaitan kejadian tersebut.

Menurut kenyataan itu, pesakit berusia 17 tahun hadir ke Unit Kecemasan Hospital Tumpat pada jam 9.50 malam dengan aduan sesak nafas, demam, batuk dan selesema.

Pesakit kemudiannya diperiksa oleh Pegawai Perubatan dua minit kemudian sebelum pemeriksaan lanjut mendapati tiada tanda serangan asma akut.

“Pemeriksaan lanjut di Triaj Sekunder juga mendapati keadaan pesakit adalah stabil,” menurut kenyataan itu.

JKN Kelantan berkata, pesakit kemudian ditempatkan di zon hijau sementara menunggu pemeriksaan lanjut kerana terdapat kes lain di zon kuning dan merah yang memerlukan rawatan segera.

Bagaimanapun, ketika dipanggil semula untuk pemeriksaan lanjut pada jam 12.02 tengah malam, pesakit didapati sudah meninggalkan hospital tanpa memaklumkan kepada petugas.

Menurut JKN Kelantan, siasatan awal mendapati terdapat beberapa aspek yang perlu diberi perhatian khususnya membabitkan komunikasi dan pengurusan pesakit di Unit Kecemasan dan Trauma.

Susulan itu, pihak Hospital Tumpat akan menjalankan siasatan lanjut selain menambah baik prosedur sedia ada bagi memastikan penyampaian perkhidmatan lebih berkesan.

Sebagai langkah awal penambahbaikan, pesakit yang mempunyai latar belakang penyakit asma akan diberikan pemantauan berterusan sehingga selesai rawatan.

Selain itu, pesakit di zon hijau yang sedang menunggu juga akan dinilai semula secara berkala sehingga dipanggil untuk pemeriksaan lanjut.

JKN Kelantan turut menegaskan komitmen mereka untuk terus memperkukuh penyampaian perkhidmatan kesihatan yang profesional, berkualiti dan berfokus kepada kesejahteraan pesakit.


Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

Ketua Jurulatih Senegal Tegas Utamakan Kewajipan Solat
|
Ketika ramai pasukan memberi tumpuan sepenuhnya kepada persiapan menghadapi…
Rupanya Ini Sebab Bendera Arab Saudi Tidak Pernah Diletakkan Di Atas Padang Piala Dunia
|
Setiap kali aksi Piala Dunia 2026 berlangsung, perhatian peminat…
Istilah Rohingya Hanya Muncul Sekitar 1950an, Dari Mana Datangnya Etnik Ini Sebenarnya?
|
Istilah “Rohingya” hari ini dikenali di seluruh dunia sebagai…
Penerbangan Sulung Kota Bharu-Jakarta Cipta Sejarah Baharu Buat Kelantan
|
Sejarah baharu tercipta apabila penerbangan sulung AirAsia bagi laluan…
‘Punggung Isteri Menggerutu’ Antara 23 Alasan Pelik Penceraian Pasangan Muda
|
Punca perceraian dalam kalangan pasangan yang masih “setahun jagung”…
PGA Gagalkan Cubaan Seludup Minyak Masak Dan Gula Ke Thailand Di Rantau Panjang
|
Kegiatan warga Thailand yang membeli minyak masak dan gula…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!