HRPZ II Bakal Terima Makmal Patologi Baharu Bernilai RM175 Juta

Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Bharu bakal menerima sebuah bangunan makmal patologi baharu bernilai RM175 juta yang dijadualkan memulakan pembinaan pada tahun depan.

Menurut laporan Bernama, projek itu dijangka mengambil masa kira-kira lima tahun untuk disiapkan dan akan menggantikan makmal patologi sedia ada di hospital berkenaan.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Mohd Azman Yacob berkata, makmal baharu itu akan dilengkapi dengan pelbagai teknologi moden bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan diagnostik.

"Makmal baharu ini menggantikan makmal lama di HRPZ II dan ia akan dilengkapi dengan pelbagai alat teknologi yang moden.

"Pembinaan bangunan makmal yang baharu ini juga akan mempunyai 125 lot parkir dan 40 katil untuk wad kelas pertama," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian 21st Annual Scientific Meeting, College of Pathologists, Academy of Medicine dan pelancaran Golden Jubilee Commemorative Book di Kota Bharu.

Lengkap Dengan Parkir Dan Wad Kelas Pertama

Selain kemudahan makmal moden, bangunan baharu itu turut menyediakan 125 lot parkir dan 40 katil wad kelas pertama bagi menambah baik kemudahan di HRPZ II.

Menurut Dr Mohd Azman, beberapa hospital lain juga telah menerima bangunan makmal patologi baharu termasuk Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai.

Pada masa sama, Kementerian Kesihatan sedang mengenal pasti beberapa lagi hospital yang memerlukan naik taraf makmal patologi.

151 Makmal Patologi Di Hospital Seluruh Negara

Beliau berkata, ketika ini terdapat 151 makmal patologi di hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bagi klinik kesihatan pula, sebanyak 825 makmal direkodkan setakat Jun, termasuk tujuh yang beroperasi di Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Tambah beliau, antara projek makmal baharu yang dirancang selepas ini melibatkan Hospital Kemaman di Terengganu, Hospital Lawas di Sarawak, Hospital Kapar di Selangor, selain Pusat Kanser Sarawak dan Pusat Kanser Wilayah Utara.

Menurutnya, perkhidmatan makmal patologi terus berkembang seiring kemajuan teknologi, termasuk penggunaan mesin yang lebih canggih bagi membolehkan diagnosis penyakit dilakukan dengan lebih cepat dan tepat.

Sumber: Bernama

TERKINI

Jalan Kuala Krai–Gua Musang Ditutup Sementara 28 Julai Bagi Kerja Letupan Batu
|
Pengguna Jalan Persekutuan FT08 yang merancang perjalanan antara Kuala…
Kereta Berisi Bom Meletup Di Balai Polis Narathiwat
|
Sebuah kereta yang dipasang bahan letupan menggegarkan kawasan Balai…
Kanak-Kanak Perempuan Dua Tahun Maut Dirempuh Lori Dipandu Datuk Sendiri
|
Suasana tenang di sebuah rumah di Kampung Bukit Kuang,…
Projek Solar LSS5 Pasir Mas Mampu Bekalkan Elektrik Kepada 75,000 Rumah
|
Kelantan bakal melakar satu lagi pencapaian dalam pembangunan tenaga…
Lima Anggota Renjer Thailand Maut Dalam Serangan Hendap Di Narathiwat
|
Lima anggota Renjer Tentera Thailand terbunuh dalam satu serangan…
HRPZ II Bakal Terima Makmal Patologi Baharu Bernilai RM175 Juta
|
Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!