Tunggakan Bil Rawatan Warga Asing Di Hospital KKM Cecah RM100 Juta

Tunggakan bil rawatan melibatkan warga asing di hospital dan klinik kerajaan dilaporkan mencecah kira-kira RM100 juta sehingga akhir tahun 2023, sekali gus memberi beban kewangan besar kepada sistem kesihatan negara, lapor Berita Harian pada 2024.

Menurut sumber Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tunggakan tersebut membabitkan pelbagai jenis rawatan termasuk bersalin, kecemasan, pemeriksaan pesakit luar dan pengambilan ubat.

Sumber itu berkata, antara punca utama tunggakan berlaku apabila sebahagian warga asing gagal melunaskan bayaran selepas menerima rawatan, malah ada yang menghilangkan diri walaupun telah berjanji untuk menjelaskan bil berkenaan.

Pelbagai Alasan Digunakan

Menurut sumber berkenaan, rawatan tetap diberikan atas dasar kemanusiaan walaupun ada pesakit yang berstatus pelarian atau pendatang asing tanpa izin (PATI).

“Meskipun mereka sudah mendaftar dengan kita dan ada membayar deposit terlebih dahulu, akhirnya mereka lolos juga kerana enggan membayar tunggakan bil rawatan yang mungkin melebihi jangkaan mereka.

“Antara alasan yang sering digunakan adalah tiada duit, janji nak bayar kemudian dan ada juga hilang begitu sahaja,” katanya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Muhammad Radzi Abu Hassan ketika dihubungi mengesahkan jumlah tunggakan tersebut dan memaklumkan pihak pengurusan serta teknikal KKM sedang mengadakan perbincangan berkaitan isu berkenaan.

Libatkan Warga Asing Dari 38 Negara

Difahamkan, tunggakan bil rawatan itu melibatkan warga asing dari 38 negara termasuk India, Myanmar dan Indonesia, selain beberapa negara maju seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Jerman, Finland, Singapura, Sweden dan Jepun.

Beberapa kakitangan hospital kerajaan turut mengakui masalah berkenaan berlaku hampir di semua fasiliti kesihatan awam dan masih belum mempunyai penyelesaian yang benar-benar berkesan.

Kesukaran Senarai Hitam Pesakit

Dalam masa sama, usaha menyenarai hitam warga asing yang gagal membayar bil rawatan turut berdepan cabaran kerana tiada sistem bersepadu yang menghubungkan data KKM dengan Jabatan Imigresen Malaysia.

Menurut sumber imigresen, tindakan senarai hitam hanya boleh dilakukan jika terdapat permohonan rasmi daripada KKM dan bukannya secara automatik.

Keadaan itu menyebabkan ada warga asing yang berjaya meninggalkan negara ini walaupun masih mempunyai tunggakan bil rawatan yang belum dijelaskan.


Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!