Tekong Darat Dan 2 Warga Asing Parah, Kereta Terbabas Rlak Polis Di Jeli

Seorang lelaki dipercayai tekong darat dan dua pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Bangladesh cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas ketika cuba melarikan diri daripada ditahan polis berhampiran Jalan Bukit Cermin, Kampung Sungai Rual Jeli pada Khamis.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Ahmad Radzi Hussain berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, sepasukan anggota Cawangan Risik Batalion Ketujuh mengesan sebuah Proton Saga merah dalam keadaan mencurigakan di Lebuhraya Timur-Barat.

Menurut beliau, pemandu kereta warga tempatan berusia 21 tahun itu dipercayai bertindak memecut laju selepas menyedari dirinya diekori pasukan PGA sebelum hilang kawalan lalu terbabas dan menjunam ke cerun jalan.

“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan itu menemukan sembilan individu termasuk pemandu warga tempatan dan lapan lelaki warga Bangladesh berusia antara 20 hingga 40 tahun.

“Enam lelaki warga Bangladesh mengalami kecederaan ringan manakala tekong dan dua lagi lelaki warga Bangladesh cedera parah,” katanya.

Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Jeli untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Pemeriksaan lanjut di dalam kereta itu turut menemukan 10 biji pil dipercayai dadah jenis Yaba selain menyita Proton Saga terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 26J Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) atau Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63.

Sementara itu, warga asing yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana masuk dan berada di negara ini tanpa pas atau permit sah.


Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

Lelaki Ini Kongsi Cara Rebus Tulang, Ekor & Daging Untuk Hasilkan Stok Sup Pekat, Wangi Dan Tahan Lama
|
Kalau sebut cara rebus tulang, ramai sebenarnya masih mencari…
Buang Kulit Lembu Korban Dalam Tong Sampah, Exco Kelantan Tegur Sikap Segelintir Masyarakat
|
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar…
Sultan Kelantan Kurnia Dua Lembu Baka Brahman Untuk Ibadah Korban
|
Sultan Muhammad V berkenan mengurniakan dua ekor lembu baka…
Tekong Darat Dan 2 Warga Asing Parah, Kereta Terbabas Rlak Polis Di Jeli
|
Seorang lelaki dipercayai tekong darat dan dua pendatang asing…
Wanita Maut, Suami Parah Nahas Motosikal Dan Kereta Selepas Solat Aidiladha Di Machang
|
Seorang wanita maut manakala suaminya parah selepas motosikal yang…
Wanita Maut, Lima Cedera Dalam Nahas Alphard Dan Bezza Di Kuala Krai
|
Seorang wanita maut manakala lima lagi cedera termasuk dua…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!