Sultan Selangor Saran Dua Wakil Rakyat Dari DAP Hayati Rukun Negara

Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menyeru orang ramai khususnya generasi baharu supaya membaca dan menghayati prinsip-prinsip asas Rukun Negara yang menjadi teras utama perpaduan rakyat Malaysia.

Seruan itu disampaikan menerusi Kenyataan Media Sultan Selangor bertarikh 19 Mei 2026, selepas baginda berangkat ke Dataran Selangor (Selangor Square) bagi melihat sendiri Plak Monumen Rukun Negara yang ditempatkan berhadapan Tiang Bendera Negeri Selangor.

Menurut baginda, plak monumen itu dibina dan dipasang oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor, termasuk penyediaan tempat duduk untuk pengunjung, dan kos pembinaannya dibiayai sepenuhnya oleh baginda sendiri.

Imbas Sejarah Lahirnya Rukun Negara

Baginda bertitah, pembinaan monumen tersebut bertujuan mengingatkan semula rakyat mengenai sejarah kelahiran konsep Rukun Negara yang tercetus selepas tragedi rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, sehingga darurat diisytiharkan.

Baginda menjelaskan, ketika itu Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan sebagai badan pemerintah dan telah berunding bersama anggotanya untuk melahirkan Rukun Negara sebagai manifestasi ideologi kebangsaan demi memperkukuh perpaduan antara kaum di negara ini.

Seru Wakil Rakyat Selangor Hadir Dua Kali Sebulan

Dalam kenyataan sama, Sultan Sharafuddin turut menyeru semua wakil rakyat Negeri Selangor supaya datang sendiri ke Dataran Selangor sekurang-kurangnya dua kali sebulan bagi membaca dan memahami makna Rukun Negara yang tertera pada plak berkenaan.

Baginda berharap langkah itu dapat membentuk kesedaran serta mengukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan pemimpin dan rakyat.

Saranan Khas Kepada Wakil Rakyat Seri Kembangan Dan Ronnie Liu

Baginda turut mengeluarkan saranan khusus kepada wakil rakyat Seri Kembangan, YB Puan Wong Siew Ki (DAP) serta bekas Exco DAP Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew, agar hadir ke Dataran Selangor seminggu sekali.


Baginda bertitah, saranan itu bertujuan supaya mereka lebih memahami serta menghayati makna Rukun Negara, selain menjadi rakyat yang menghormati kedaulatan Institusi Raja serta menjaga adab kesopanan dan kesusilaan.

SHARE:

TERKINI

Empat Pasukan Bakal Berentap Dalam Kejohanan Pra Musim Di Kota Bharu
|
Peminat bola sepak bakal disajikan dengan aksi menarik apabila…
Kerajaan Cadang LPT3 Secara Kerjasama Awam Swasta Berikutan Kekangan Kewangan
|
Cadangan pelaksanaan Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3)…
Dua Wanita Antara Enam Individu Didakwa Seludup 10 Migran Bangladesh
|
Enam individu termasuk dua wanita dan seorang warga Thailand…
Mekanik Direman Kes Rogol Dan Samun Remaja Ketika Joging Di Tumpat
|
Selepas hampir sebulan kejadian yang menggemparkan penduduk Palekbang, Tumpat,…
Polis Tahan Lelaki Rohingya, Disiasat Kes Rogol Remaja Di Bachok
|
Seorang lelaki etnik Rohingya direman selama enam hari selepas…
Program Disko Retro Di Kota Bharu Disiasat, Pemilik Restoran Dakwa Tidak Tahu
|
Apa yang pada mulanya dipercayai hanya sebuah majlis tertutup…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!