Dendam Lama Didakwa Punca OKU Dibunuh, Suspek Buat Seolah Kemalangan

Dendam lama dipercayai menjadi punca seorang pemuda orang kurang upaya (OKU) pembelajaran dibunuh di Padang Lati, Bachok pada 15 April lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, kes berkenaan dianggap selesai selepas penahanan tujuh suspek berusia antara 25 hingga 52 tahun, termasuk pasangan suami isteri.

BERKAITAN: Kes Bunuh OKU Di Bachok: Pasangan Suami Isteri Pula Direman


Menurutnya, siasatan mendapati semua suspek yang ditahan adalah rakan dan kenalan mangsa, selain berlaku perselisihan faham dalam kalangan mereka.

“Empat daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau namun ujian air kencing mendapati kesemua mereka negatif dadah,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan IPK Kelantan, semalam.

Dipukul Di Rumah, Ditinggalkan Seolah Kemalangan

Beliau berkata, hasil siasatan turut mendapati mangsa dipercayai dipukul di sebuah rumah di daerah Kota Bharu sebelum dibawa dan ditinggalkan di tepi jalan di Padang Lati, Bachok.

“Suspek meletakkan mangsa di tepi jalan dalam keadaan kecederaan teruk bagi menggambarkan seolah-olah berlaku kemalangan, sedangkan mangsa sebenarnya dipukul sebelum meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital,” katanya.

Tambah beliau, jarak lokasi mangsa dipukul dengan tempat ditinggalkan dianggarkan sekitar 6.5 kilometer.

Dalang Utama Ditahan

Mohd Yusoff berkata, siasatan juga mengenal pasti dua lelaki berusia 25 dan 28 tahun sebagai dalang utama, manakala suspek lain turut membantu termasuk proses memindahkan mangsa ke lokasi kejadian.

Hasil tangkapan turut membawa kepada rampasan pelbagai barangan termasuk sebuah kereta, tiga motosikal, enam telefon bimbit serta dua batang kayu.

BERKAITAN: OKU Lembam Maut Dipercayai Dipukul, Ditinggalkan Tepi Jalan Di Bachok


“Semua suspek kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mereka akan dituduh di mahkamah dalam masa terdekat,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan mangsa, Muhammad Zakir Fikry Mohd Zainal, 20, meninggal dunia di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.


Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

Lebih 200 Individu Lombong Emas Secara Haram, Purata Dapat 10 Gram Sehari
|
Lebih 200 individu dipercayai terbabit dalam kegiatan perlombongan emas…
5 Beradik Yatim Piatu Dijaga Datuk Dan Nenek, Individu Tampil Perbetulkan Fakta
|
Aktivis kebajikan, Tengku Harith tampil membuat penjelasan berhubung kisah…
Kelantan Bakal Cipta Sejarah Malam Esok
|
Kelantan Red Warrior FC bakal mencipta sejarah malam esok…
Presiden PAS Dakwa Nik Zawawi Mungkin Terpengaruh Penulisan Sejarah
|
Presiden PAS, Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang…
Ustaz Mad Kecik Selamat Bernikah Dengan Pelajar Madrasah
|
Pendakwah terkenal, Muhammad Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz…
Lima Beradik Yatim Piatu Di Pasir Puteh Ikat Perut, Makan Telur Rebus Sekali Sehari
|
Lima beradik di Kampung Chengal Batu, Pasir Puteh kini…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!