OKU Lembam Maut Dipercayai Dipukul, Ditinggalkan Tepi Jalan Di Bachok

Seorang lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) lembam meninggal dunia selepas ditemui dalam keadaan kritikal di tepi jalan di Kampung Padang Lati, Bachok, semalam.

Mangsa, Muhammad Zakir Fikry Mohd Zainal, 20, ditemui penduduk kampung kira-kira jam 7.30 pagi dalam keadaan nazak sebelum dibawa ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Kubang Kerian.

Namun, mangsa dilaporkan menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Zon Merah hospital berkenaan sekitar tengah malam tadi.

Saksi kejadian, Mohd Yusof Shafie, 60, berkata dia dimaklumkan mengenai kejadian yang pada awalnya disangka kemalangan sebelum bergegas ke lokasi.

“Sebaik tiba, saya lihat mangsa masih bernyawa tetapi dalam keadaan nazak dengan kecederaan parah di bahagian kepala dan darah beku memenuhi wajahnya,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu kelihatan pelik kerana motosikal yang dinaiki mangsa tidak mengalami sebarang kerosakan, namun mangsa mengalami kecederaan teruk.

Mohd Yusof berkata dia mengenali mangsa selepas dimaklumkan mangsa tinggal di kampung yang tidak jauh dari kawasan tersebut.

BERKAITAN:
Adik Kongsi Detik Menyayat Hati Lihat Abang OKU Bertarung Nyawa
Polis Sahkan OKU Lembam Ditemui Tepi Jalan Di Bachok, Kes Diklasifikasi Bunuh


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu untuk proses bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh,” katanya.


Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

Lelaki Ditemukan Maut Dengan Kesan Tikaman Dalam Bilik Mandi Di Kota Bharu
|
Seorang lelaki berusia 28 tahun ditemukan maut dengan kesan…
Kerajaan Kelantan Tegas Terhadap Perlombongan Haram Selepas Tragedi Di Jeli
|
Kerajaan Negeri Kelantan melahirkan rasa dukacita dan kesal terhadap…
Laluan Jalan Lojing – Gua Musang Kini Dibuka Semula Kepada Semua Kenderaan
|
Laluan FT185 Seksyen 107.60 Jalan Lojing – Gua Musang…
45 Rumah Di Pasir Mas Dikesan Buat Sambungan Haram Bekalan Air
|
Sebanyak 45 rumah di kawasan perumahan Prima Lubok Jong,…
Penoreh Getah Dipenjara 12 Bulan Cederakan Anggota Polis Di Gua Musang
|
Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh…
Empat Motosikal Polis Trafik Musnah Dalam Kebakaran Di IPD Pasir Puteh
|
Empat motosikal polis trafik musnah dalam satu kebakaran yang…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!