5 Gambar Terkini Pembangunan Zon Pelancongan Bersepadu Pantai Geting

Projek pembangunan Bandar Sempadan Antarabangsa di Pantai Geting kini menunjukkan perkembangan positif apabila gambar terkini pembinaan dikongsikan pengguna Facebook, Mohd Firdaus.

Projek berimpak tinggi itu dilaksanakan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) sebagai inisiatif memperkasa sektor pelancongan Kelantan, khususnya di kawasan sempadan, selaras dengan matlamat merapatkan jurang pembangunan luar bandar.

Perkukuh Pelancongan, Buka Peluang Ekonomi Baharu

Pembangunan yang dikenali sebagai Zon Pelancongan Bersepadu Geting (Geting Integrated Tourism Zone) (GITZ) dijangka mampu meningkatkan jumlah kedatangan pelancong ke Pantai Geting selain menyuntik peluang ekonomi baharu kepada penduduk setempat.

Pantai geting

Landskap baharu Pantai Geting sedang dalam pembinaan sekitar Mei 2026 (Foto: FB Mohd Firdaus)


ECERDC turut menjangkakan peningkatan ketara dalam sektor pelancongan dan pertumbuhan ekonomi kawasan sebaik projek itu siap sepenuhnya kelak.

Skop Projek Lebih Menyeluruh

Antara skop pembinaan utama yang sedang dilaksanakan termasuk pembinaan bazar produk makanan laut dan kedai makanan yang melibatkan enam unit gerai makan serta empat unit kedai cenderamata.

kiosk dalam pembinaan pantai geting tumpat mei 2026

Gerai dan laluan pejalan kaki sedang dalam pembinaan sekitar Mei 2026 (Foto: FB Mohd Firdaus)

Selain itu, projek ini turut merangkumi pembinaan menara tinjau, kerja menaik taraf astaka sedia ada, serta pembinaan dua unit surau baharu.

Kemudahan Awam Turut Dinaik Taraf

Dalam masa sama, beberapa kemudahan lain turut dinaik taraf termasuk pembinaan semula tiga unit tandas awam, pembinaan tapak perkhemahan, enam kiosk serbaguna, serta pembinaan pintu gerbang utama.

tandas awam pantai geting dalam pembinaan mei 2026

Tandas awam sedang dalam pembinaan sekitar Mei 2026 (Foto: FB Mohd Firdaus)

Projek ini juga melibatkan kerja-kerja infrastruktur, landskap dan pencahayaan laluan masuk bagi meningkatkan keselesaan dan tarikan kepada pengunjung.

Dijangka Siap 16 September 2026

Projek pembangunan Bandar Sempadan Antarabangsa Pantai Geting ini dijangka siap sepenuhnya pada 16 September 2026, selepas pemilikan tapak bermula pada 20 Mac 2025.

landskap baru dalam pembinaan di pantai geting tumpat januari 2026

Keadaan pembinaan landskap baharu sekitar Januari 2026 (Foto: FB Mohd Firdaus)

pantai geting tumpat pada januari 2026

Gambaran sekeluruhan pembangunan Pantai Geting sekitar Januari 2026 (Foto: FB Mohd Firdaus)

Manfaat Terus Kepada Rakyat

ECERDC memaklumkan projek ini merupakan sebahagian daripada komitmen untuk memperkasa pembangunan ekonomi yang inklusif dan mampan di Wilayah Ekonomi Pantai Timur menjelang tahun 2030.

Ia dijangka memberi manfaat secara langsung kepada rakyat termasuk peluang pekerjaan kepada 10 pengusaha makanan dan cenderamata, lapan pengusaha kiosk makanan, serta dua operator kemudahan awam.

Kredit gambar: Mohd Firdaus

SHARE:

TERKINI

5 Gambar Terkini Pembangunan Zon Pelancongan Bersepadu Pantai Geting
|
Projek pembangunan Bandar Sempadan Antarabangsa di Pantai Geting kini…
Penduduk Tunggu Sejak 2021, Jambatan Pasir Era Di Kuala Krai Tak Siap-Siap
|
Lebih 3,000 penduduk di lima kampung di seberang Sungai…
Bekas Pakar Bius Dari Bachok Kini Tenang Ternak Kambing
|
Jika dahulu hidupnya dipenuhi tekanan dan detik cemas di…
Individu Kongsi Pengalaman Kembali Guna Khidmat Zaki Tiub Motor Selepas 20 Tahun
|
Nama Mohamad Zaki Mamat, 48, atau lebih dikenali sebagai…
Kelantan Nafi UEC Jadi Syarat Kemasukan Program Asasi KIAS, Hanya SPM Diiktiraf
|
Kerajaan Kelantan menafikan bahawa kelayakan Unified Examination Certificate (UEC)…
7 GRO Warga Asing, 3 PATI Myanmar Ditahan Di Kota Bharu
|
Kegiatan tujuh wanita warga asing yang dipercayai menyalahgunakan pas…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!