Klinik Kesihatan Wakaf Che Yeh Antara 3 Projek Sakit Di Kelantan

Tiga projek pembinaan dan naik taraf kemudahan awam di Kelantan dikenal pasti sebagai projek sakit susulan kelewatan pelaksanaan serta kegagalan kontraktor mematuhi jadual kerja yang ditetapkan.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan, Nik Badlihisham Nik Ismail berkata, projek terbabit ialah kerja menaik taraf fasiliti di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian, pembinaan dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Raja Abdullah, Melor dan projek Klinik Kesihatan (KK) Wakaf Che Yeh.

Menurutnya, satu daripada tiga projek berkenaan sedang dalam proses penamatan kontrak iaitu projek pembinaan KK Wakaf Che Yeh berikutan kontraktor gagal menguruskan projek secara teratur serta tidak mematuhi perancangan yang ditetapkan.

“Pembinaan KK Wakaf Che Yeh membabitkan kos RM28.4 juta bagi pembangunan sebuah klinik kesihatan baharu,” katanya pada sidang media selepas Majlis Cabutan Kerja Undi JKR Cawangan Kejuruteraan Elektrik Kelantan di Kota Bharu.

Nik Badlihisham berkata, kelewatan projek berkenaan menyebabkan penduduk sekitar terpaksa mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Pendek.

“Projek pembinaan KK Wakaf Che Yeh bermula pada 24 Oktober 2023 dan sepatutnya siap pada 26 Oktober 2026.

“Pihak kami memberi tumpuan kepada pemantauan rapi bagi memastikan projek ini dapat disiapkan mengikut tempoh baharu yang ditetapkan demi memenuhi keperluan kesihatan penduduk setempat,” katanya.

Sementara itu, beliau memaklumkan kontraktor bagi projek menaik taraf fasiliti HPUSM telah dikenakan denda ganti rugi ditetapkan dan dipastikan (LAD) kerana gagal menyiapkan kerja mengikut tempoh yang dipersetujui.


Tambahnya, projek pembinaan dewan SK Raja Abdullah turut disenaraikan sebagai projek bermasalah dan dikenakan tindakan susulan kelewatan serta kemajuan projek yang tidak memuaskan.

Sumber: Berita Harian, Kosmo

SHARE:

TERKINI

[VIDEO] Pemilik Rumah Kesal, Penyewa Lari Tinggalkan Rumah Dalam Keadaan Rosak Dan Kotor
|
Seorang pemilik rumah di Taman Desa Kujid, Kota Bharu…
Sudah 10 Kali Ditangkap, Lelaki Mengaku Jadi Penyeludup Demi Sara Keluarga
|
"Kalau Tak Buat Kerja Ini, Apa Lagi Saya Boleh…
Lelaki Ditembak Ketika Hendak Masuk Kereta Selepas Beli Telur
|
Seorang lelaki berusia 38 tahun cedera selepas dipercayai ditembak…
PGA Rampas 14 Ekor Lembu Seludup Bernilai RM334,000 Di Tanah Merah
|
Cubaan menyeludup masuk 14 ekor lembu pedaging dipercayai dari…
Pasar Besar Machang Baharu Mula Beroperasi, Lebih Luas Dan Selesa
|
Penduduk Machang kini boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih…
Dituduh Curi Ayam, Lelaki Maut Dibelasah Di Depan Anak Perempuan
|
Hanya kerana dituduh mencuri seekor ayam, seorang lelaki berusia…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!