Laluan Rel Kereta Api Rantau Panjang–Sungai Golok Akan Diaktifkan Semula

Malaysia bersedia mengaktifkan semula sambungan perkhidmatan kereta api dari Rantau Panjang ke Sungai Golok, Thailand sebagai langkah memperkukuh hubungan pengangkutan dan ekonomi dua hala antara kedua-dua negara.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, projek membaik pulih dan membangunkan semula landasan sedia ada antara Pasir Mas dan Rantau Panjang telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

“Ketika ini perancangan itu sudah berada pada peringkat penyediaan dokumen tender. Kerja-kerja ini dijangka siap dalam dua tahun sekiranya pelaksanaan berjalan lancar,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti Bas.My di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini.

Hadir sama Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Pengerusi Eksekutif E-Mutiara, Che Ibrahim Che Ismail.

Menurut Anthony, pelaksanaan sambungan laluan itu turut bergantung kepada kestabilan politik di Thailand, susulan beberapa pertukaran kerajaan dan menteri pengangkutan, selain pilihan raya yang bakal diadakan.

Katanya, pengendali kereta api Thailand, State Railway of Thailand (SRT), pada dasarnya turut menunjukkan minat untuk menyambung semula laluan tersebut.

Sebelum ini, kerajaan Thailand dilaporkan bersedia mengemukakan cadangan bagi membuka semula laluan kereta api Sungai Golok–Rantau Panjang sebagai usaha memperkukuh hubungan pengangkutan dan ekonomi antara Malaysia dan Thailand.



Dalam perkembangan berkaitan, Jurutera Penyelia Bahagian Penambahbaikan Landasan Zon 1 SRT, Pattaphong Boonkaew memaklumkan bahawa SRT turut merancang pembinaan landasan berkembar dari Hat Yai ke Sungai Golok sepanjang 215 kilometer.

Pembinaan laluan kedua itu dianggarkan menelan kos sehingga 44.9 bilion baht (RM5.8 bilion) dan dijangka mengambil masa tujuh tahun untuk disiapkan.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Penoreh Getah Dipenjara 24 Tahun, 12 Sebatan Amang Seksual Anak Kandung
|
Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan…
Inspektor Polis Didakwa Minta, Terima Suapan RM12,000 Di Jeli
|
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor didakwa di Mahkamah Sesyen…
Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!