20 PATI Myanmar Dicekup Di Parkir Masjid Sultan Ismail Petra, Rantau Panjang

Seramai 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar berjaya ditahan dalam Op Taring Delta di kawasan parkir Masjid Sultan Ismail Petra, Rantau Panjang kira-kira jam 8 pagi pada Jumaat.

Operasi itu dijalankan oleh Cawangan Risik Ibu Pejabat Briged Tenggara PGA bersama Cawangan Risik Batalion 7 PGA.

Menurut kenyataan, ketika rondaan dilakukan, pihak polis mengesan dua kenderaan dalam keadaan mencurigakan sebelum mengekori kedua-duanya sehingga memasuki kawasan parkir masjid.

Bagaimanapun, dua pemandu kenderaan terbabit bertindak melarikan diri dan gagal dikesan.

20 Lelaki Dalam Innova Dan Serena

Hasil pemeriksaan mendapati seramai 20 lelaki warga Myanmar berada dalam dua kenderaan, iaitu 11 orang di dalam Toyota Innova dan sembilan orang di dalam Nissan Serena.

Semakan mendapati hanya tujuh individu mengemukakan pasport, namun tiada cop kemasukan sah ke Malaysia, manakala 13 lagi gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri.

Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut merampas tujuh pasport, 22 unit telefon bimbit dan dua buah kenderaan, dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM88,200.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Dipercayai Masuk Ikut Laluan Haram Sungai Golok

Hasil soal siasat mendapati kumpulan itu memasuki Malaysia dengan menaiki bot merentas Sungai Golok melalui laluan haram di sekitar Rantau Panjang.

Walaupun mereka tidak dapat mengenal pasti lokasi sebenar pendaratan, pihak polis percaya kumpulan itu dipercayai menggunakan Pengkalan Haram Yasin sebagai laluan masuk.

Kesemua suspek memaklumkan bayaran kemasukan yang dikenakan berbeza mengikut destinasi, antara RM3,000 hingga RM6,000 seorang selepas dihantar ke lokasi akhir atau memperoleh pekerjaan.

Pihak polis percaya modus operandi itu menunjukkan kewujudan sindiket penyeludupan migran yang masih aktif menggunakan laluan sungai sebagai pintu masuk utama.

Semua tangkapan dan rampasan telah diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

Dalam masa sama, rondaan dan pemantauan di kawasan sempadan akan terus dipertingkatkan bagi mengekang kemasukan warga asing tanpa izin.


Sumber: Briged Tenggara PGA

SHARE:

TERKINI

Kelantan Nafi UEC Jadi Syarat Kemasukan Program Asasi KIAS, Hanya SPM Diiktiraf
|
Kerajaan Kelantan menafikan bahawa kelayakan Unified Examination Certificate (UEC)…
7 GRO Warga Asing, 3 PATI Myanmar Ditahan Di Kota Bharu
|
Kegiatan tujuh wanita warga asing yang dipercayai menyalahgunakan pas…
Kes Bunuh OKU Di Bachok: Pasangan Suami Isteri Pula Direman
|
Pasangan suami isteri direman bagi membantu siasatan kes bunuh…
Rumah Macam Wad, Wanita Di Tumpat Tabah Jaga Suami Terlantar, Ibu Dan Adik Sakit Kronik
|
Seorang wanita di Tumpat tidak pernah mengeluh atau merungut…
Kanak-Kanak 2 Tahun Terima 20 Jahitan Selepas Diserang Kera Dalam Rumah Di Peringat
|
Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan apabila menerima lebih…
Rakyat Kelantan Cintakan Majlis Ilmu, Ribuan Hadir Sambut UAS Di 3 Daerah
|
Kehadiran penceramah terkenal dari Indonesia, Prof. Dr. Ustaz Abdul…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!