Lelaki Warga Jordan, Dua Wanita Ditahan Bersama 6Kg Bunga Ganja Di Tumpat

Dua wanita tempatan bersama seorang lelaki warga Jordan ditahan di pangkalan haram Masjid Taqwa di Kampung Simpangan, Pengkalan Kubor, Tumpat selepas disyaki cuba menyeludup enam kilogram (kg) bunga ganja dari Thailand.

Ketiga-tiga suspek berusia antara 35 hingga 51 tahun itu ditahan kira-kira jam 4.30 petang semalam oleh sepasukan pegawai dan anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA 9) dalam Op Taring Wawasan Kelantan.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, pihaknya mengesan sebuah kereta jenis Mercedes Benz dalam keadaan mencurigakan sebelum melakukan pemantauan di lokasi.

Suspek Ambil Bungkusan Dari Tepi Sungai

Menurut Ahmad Radzi, pemerhatian mendapati seorang daripada suspek dilihat mengambil bungkusan lut sinar dari tepi sungai sebelum meletakkannya di bahagian bonet hadapan dan but belakang kereta.

seludup dadah dalam bonet enjin mercedes


“Pasukan kami segera memperkenalkan diri dan pemeriksaan di bahagian hadapan kiri kenderaan menemui satu plastik lutsinar mengandungi ketulan daun kering disyaki bunga ganja dengan anggaran berat kasar 1.3kg.

sorok ganja dalam bonet mercedes


“Seterusnya, pemeriksaan di ruang simpanan but belakang menemui empat plastik lut sinar mengandungi ketulan daun kering disyaki bunga ganja dengan anggaran berat kasar 4.7kg,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dadah Dipercayai Untuk Dihantar Ke Kuala Lumpur

Ahmad Radzi berkata, keseluruhan rampasan bunga ganja itu dianggarkan bernilai RM480,000.

Hasil soal siasat mendapati dadah tersebut dipercayai akan dibawa ke Kuala Lumpur dan semua suspek mengakui bahan terlarang itu berada dalam kawalan mereka.

Katanya, suspek turut mendakwa ini kali pertama mereka mengambil dadah di pangkalan haram berkenaan.

Suspek Dakwa Ada Orang Tengah Dari Golok

Menurut Ahmad Radzi, suspek pertama yang merupakan wanita berketurunan Bajau mengaku bertindak sebagai orang tengah menghubungkan pengedar dari Golok, Thailand yang dikenali sebagai ‘Abe’ dengan dua suspek lain untuk membawa dadah ke Kuala Lumpur.

seludup ganja dalam mercedes


Suspek mendakwa upah RM300 bagi setiap kilogram akan dibayar melalui suspek pertama selepas penghantaran disempurnakan kepada seorang lelaki dipercayai berbangsa Cina di Kuala Lumpur yang dikenali sebagai ‘Lee’.

Seorang lagi wanita yang ditahan dikenal pasti berketurunan Iban.

Kes Disiasat Mengikut Seksyen 39B

Semua suspek bersama kenderaan yang digunakan dirampas sebelum diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Tumpat untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.


Sumber: Berita Harian, Briged Tenggara PGA

SHARE:

TERKINI

Bayi 11 Bulan Meninggal Dunia Selepas Terjatuh Dari Kerusi Di Rumah Pengasuh
|
Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan disahkan meninggal dunia…
Tujuh Beranak Di Tumpat Lega Gangguan Mistik Hilang Selepas Sebulan
|
Sebuah keluarga tujuh beranak di Kampung Kutan Sungai, Tumpat…
SMKA Naim Lilbanat Sekolah Pertama Di Kelantan Miliki Kelas Berasaskan AI
|
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat, Kota Bharu…
Durian Serendah RM1.30 Sekilo Di Tumpat, Harga Esok Ditentukan Pembeli
|
Lambakan durian musim ini memberi rezeki kepada pencinta raja…
Suami Tetak Isteri Guna Parang Sebab Tegur Jiran Lelaki
|
Seorang suri rumah berusia 40 tahun cedera parah selepas…
KRW FC Terima Suntikan Penajaan Baharu Daripada Raja Perfume
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) terus menerima sokongan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!