Isi Petrol Dua Kali Dalam 1 Jam Setengah, Lelaki Dicekup KPDN Disyaki Seludup RON95

Tindakan seorang lelaki mengisi petrol sebanyak dua kali dalam tempoh hanya satu jam setengah di stesen minyak sama di Kampung Laut, Tumpat akhirnya membongkar pembabitannya dalam kegiatan penyeludupan.

Taktik pengisian berulang menggunakan sebuah Mitsubishi Pajero itu dikesan selepas semakan dilakukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sebelum lelaki terbabit ditahan.

Timbalan Pengarah KPDN Kelantan, Aswadi Jaafar berkata risikan dan pemantauan yang dijalankan pihaknya bersama Pasukan Polis Marin (PPM) mendapati kenderaan itu melakukan pengisian petrol sebanyak dua kali, iaitu sekitar jam 8.05 pagi dan 9.36 pagi di stesen minyak berkenaan.

Menurutnya, serbuan segera dilakukan sebelum pemeriksaan lanjut menemui tangki kenderaan yang telah diubah suai.

"Serbuan terus dijalankan dan pemeriksaan lanjut pada kenderaan itu menemukan tangki yang diubah suai dengan saluran hos lebih besar daripada spesifikasi asal bagi tujuan menyimpan petrol dalam kuantiti lebih banyak.

"Pasukan penguat kuasa kemudian menyita kenderaan itu bersama kira-kira 90 liter petrol disyaki RON95, dengan dua keping resit pembelian minyak turut dirampas," katanya dalam kenyataan.

Susulan penahanan itu, KPDN turut menjalankan pemeriksaan terhadap stesen minyak berkenaan kerana disyaki melanggar arahan pengawal bekalan berkaitan larangan penjualan petrol RON95 secara berulang pada hari sama kepada kenderaan sama.

Aswadi berkata beberapa dokumen berkaitan operasi stesen termasuk lesen Runcit Barang Kawalan Berjadual (CSA), Akta Kemajuan Petroleum (PDA), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), lesen pihak berkuasa tempatan (PBT), buku stok runcit serta salinan resit jualan minyak turut disita bagi membantu siasatan.

Katanya, nilai keseluruhan sitaan dianggarkan RM10,361.80 termasuk kenderaan dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.


Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Ketua Jurulatih Senegal Tegas Utamakan Kewajipan Solat
|
Ketika ramai pasukan memberi tumpuan sepenuhnya kepada persiapan menghadapi…
Rupanya Ini Sebab Bendera Arab Saudi Tidak Pernah Diletakkan Di Atas Padang Piala Dunia
|
Setiap kali aksi Piala Dunia 2026 berlangsung, perhatian peminat…
Istilah Rohingya Hanya Muncul Sekitar 1950an, Dari Mana Datangnya Etnik Ini Sebenarnya?
|
Istilah “Rohingya” hari ini dikenali di seluruh dunia sebagai…
Penerbangan Sulung Kota Bharu-Jakarta Cipta Sejarah Baharu Buat Kelantan
|
Sejarah baharu tercipta apabila penerbangan sulung AirAsia bagi laluan…
‘Punggung Isteri Menggerutu’ Antara 23 Alasan Pelik Penceraian Pasangan Muda
|
Punca perceraian dalam kalangan pasangan yang masih “setahun jagung”…
PGA Gagalkan Cubaan Seludup Minyak Masak Dan Gula Ke Thailand Di Rantau Panjang
|
Kegiatan warga Thailand yang membeli minyak masak dan gula…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!