KJ Gesa Kerajaan Kembalikan GST: “Panggil Madani Tax Pun Tak Apa”

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mencadangkan kerajaan mengembalikan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi memperkukuhkan asas percukaian negara.

Menurut beliau, langkah itu penting kerana pendapatan negara disifatkan masih tidak mencukupi untuk menghadapi sebarang krisis ekonomi atau kecemasan pada masa hadapan.

Bekas Ahli Parlimen Rembau itu berkata, pandangan tersebut pernah disuarakan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kira-kira setahun selepas Ahli Parlimen Tambun itu dilantik sebagai Perdana Menteri.

“Saya merayu kepada Perdana Menteri, kalau satu benda yang Datuk Seri Anwar boleh buat ialah kembalikan GST. Tak payah panggil GST, panggil apa pun boleh… panggil ‘X tax’ ke? Fair and Equitable Tax ke…. Madani tax pun tak apa… sebab apa? Pendapatan kita tidak cukup,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel program Rundingan Meja Bulat Nasional (Rimbun 2.0) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu.

SST Tidak Cukup Untuk Hadapi Krisis

Khairy turut menjelaskan bahawa sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ketika ini tidak mampu memberi hasil yang mencukupi kepada negara, terutama ketika berdepan situasi luar jangka seperti pandemik Covid-19 atau konflik geopolitik di Asia Barat.

Selain itu, beliau menolak dakwaan bahawa GST membebankan rakyat.

Katanya, ketika GST dilaksanakan sebelum ini, banyak barangan asas serta sektor penting seperti pendidikan dan kesihatan diberikan pengecualian atau kadar sifar.

Jangan Politikkan Ekonomi Negara

Dalam pada itu, Khairy menegaskan kerajaan perlu berani membuat keputusan sukar pada peringkat awal pentadbiran sebelum fokus beralih kepada persiapan pilihan raya.

“Jadi, apa yang saya nak cakap dengan ringkas adalah jangan politikkan urusan ekonomi negara.

“Disebabkan (GST) BN buat dulu… janganlah sebab itu, tak nak buat benda yang betul.

“Malangnya tidak ada keberanian untuk melaksanakan (GST),” katanya.

Untuk rekod, GST mula dilaksanakan di Malaysia pada 1 April 2015 ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dengan kadar enam peratus bagi menggantikan sistem SST.


Sumber: Astro Awani

SHARE:

TERKINI

Mekanik Maut Dirempuh Lori Ketika Bantu Tukar Tayar Treler Pancit Di LPT 1
|
Seorang mekanik menemui ajal dalam kejadian tragis apabila dirempuh…
[VIDEO] Pelajar Terlibat Kemalangan Ketika Perjalanan Ke Sekolah Di Kampung Pek, Machang
|
[DIKEMASKINI] Satu video memaparkan kemalangan jalan raya dipercayai melibatkan…
Lelaki Direman Tujuh Hari, Didakwa Bakar Jari, Pijak Perut Dan Cekik Anak Tiri 5 Tahun
|
Seorang lelaki yang juga pemotong kayu direman selama seminggu…
Bekalan Air Kritikal, Lebih Separuh Pesawah Kelantan Dijangka Tak Tanam Padi
|
Lebih 50 peratus daripada kira-kira 7,000 pesawah di Kelantan…
Adik 13 Tahun Tengah Demam, Abang Kandung Sanggup Perkosa Di Tanah Merah
|
Seorang abang sulung dihukum penjara 18 tahun dan 20…
Upah RM50 Bawa Masuk RXZ Dari Thailand, Dua Remaja Dicekup PGA Di Tumpat
|
Tindakan dua lelaki tempatan mengambil upah hanya RM50 untuk…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!