Dibina sejak 1970an, 4 Jambatan sempit, usang, hantui penduduk Jalan Mulong Tendong

KOTA BHARU – Laluan sepanjang kira-kira 11 kilometer di Kampung Tembesu Limbat dilaporkan mempunyai lima jambatan sempit yang berisiko membahayakan pengguna jalan raya, terutama ketika waktu puncak.

Wakil penduduk, Razali Ibrahim, 55, berkata kebanyakan jambatan itu merupakan struktur lama yang dibina sejak 1970-an. Menurutnya, hanya sebuah jambatan sedang dibaiki manakala empat lagi masih sempit dan membahayakan pengguna di Jalan Mulong Tendong.

Hanya sebuah jambatan sepanjang 25 meter dan jalan 200 meter sedang dinaiktaraf di bawah peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Kampung Tembesu Limbat. Jalan di jambatan sempit dan ada selekoh amat merbahaya,” katanya selepas meninjau projek tersebut.

Seorang lagi penduduk, Che Mat Ariffin Che Daud, 58, berkata kerajaan sudah membuat pengambilan tanah bagi projek pembesaran jalan bermula di Kampung Tembesu Limbat sehingga Kampung Keling sepanjang kira-kira 700 meter pada tahun 2010, termasuk proses pembayaran pampasan kepada penduduk. Namun, selepas 15 tahun projek tersebut masih belum dilaksanakan.

Menurutnya, penduduk telah membuat aduan kepada agensi berkaitan termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) lima tahun lalu, tetapi tiada tindakan sehingga isu itu mendapat perhatian Ahli Parlimen Kubang Kerian, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim sebelum ini pada 11 November 2024 membangkitkan perkara sama dalam Usul Kamar Khas Parlimen kepada Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang, dan menyenaraikan 24 jambatan di Parlimen Kubang Kerian yang memerlukan baik pulih — termasuk lima jambatan sempit di Jalan Mulong Tendong.

Penduduk berharap kerajaan dan agensi berkaitan segera menyelesaikan masalah itu demi keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.

#KelantanDaily
Sumber: A Rahman Harun, Media Point

TERKINI

Cucu Tok Guru Nik Aziz, Senator Azhar Pilih Berdamai Tamatkan Kontroversi
|
Kontroversi melibatkan cucu bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik…
MB Kelantan Salur Bantuan Awal Kepada Mangsa Kebakaran Gok Kapor
|
Kerajaan Negeri Kelantan menyalurkan bantuan awal kepada mangsa kebakaran…
Remaja 15 Tahun Cuci Kereta Demi Keluarga, MAIK Tampil Hulur Bantuan Buat Shamir
|
Seorang remaja berusia 15 tahun yang sebelum ini terpaksa…
Tragedi Tohoi: Hilang Dalam Hutan 47 Hari, Dua Murid Sekolah Berusia 10 Dan 11 Tahun Ditemui Selamat
|
Hampir 11 tahun berlalu, namun tragedi kehilangan tujuh murid…
Ibu Angkat Ditahan Kurung Kanak-Kanak 9 Tahun Dalam Stor Belakang Rumah
|
Nasib malang seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang…
Jangan Hukum Semua Pelarian Rohingya Kerana Kesalahan Segelintir Individu – ABIM
|
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menegaskan bahawa pendirian mereka…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!