Platinum Mall Lembah Sireh kini sudah ‘berpenghuni’

KOTA BHARU – Platinum Mall di Lembah Sireh yang dibangunkan oleh Liziz Standaco Sdn Bhd dengan nilai RM112 juta yang sebelum ini terbiar tanpa sebarang kegiatan ekonomi kini dijadikan sebagai litar untuk sukan go-kart.

Bangunan yang siap pada 2017 itu akhirnya diisi dengan aktiviti riadah untuk golongan muda di negeri Kelantan.

Pemilik MOS Karting, Sharafi Saupi, 36, berkata, tempat ini baru beroperasi 7 Ogos lalu selepas mendapat kebenaran Liziz Standaco Sdn Bhd dengan kadar sewa RM10,000 sebulan.

Menurutnya, ia diusahakan bersama rakan kongsi, Azwan Muhammad, 32, dengan menampilkan sukan go-kart pertama di Kelantan.

Bukan sesuatu yang mudah namun kami berusaha untuk menghidupkan Platinum Mall selepas sekian lama ia terbiar.

“Kami berharap usaha ini akan mendapat sokongan ramai termasuk kerajaan negeri,” katanya kepada Sinar Ahad.

Sementara itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, pihak kerajaan negeri menyambut baik cadangan pakar supaya ruangan kosong pasar raya terbiar ditukar menjadi pusat komuniti, kemudahan kesihatan, institusi pendidikan atau hab belia.

“Ia merupakan satu cadangan yang baik namun kita kena tengok juga aspek-aspek yang lain.

“Mungkin mereka (pihak pemaju) ada perjanjian dengan pihak ketiga dan sebagainya, tetapi kalau mengikut cadangan itu mungkin nanti ada pihak yang akan menilai dan melaksanakannya,” katanya.

Sinar Harian pada Khamis melaporkan fenomena pusat beli-belah terbiar atau ghost mall semakin ketara apabila kadar penghunian sesetengah kompleks jatuh bawah 70 peratus, sekali gus memberi kesan kepada ekonomi setempat.

Dahulu pusat beli-belah menjadi tumpuan komuniti, namun perubahan gaya hidup dan lonjakan e-dagang menyebabkan sebahagiannya hilang daya tarikan.

Bagaimanapun, Malaysia masih berpeluang mengelakkan senario lebih buruk melalui strategi repurposing atau menukar fungsi ruang kosong kepada tujuan lain.

Sebahagian kompleks boleh dijadikan pusat komuniti, kemudahan kesihatan, institusi pendidikan atau hab belia bagi mengelakkan pembaziran ruang. –SinarHarian #KelantanDaily

TERKINI

Johor Rasmi Bubar DUN, PRN Ke-16 Bakal Diadakan
|
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 rasmi dibubarkan berkuat…
Cucu Arwah Tok Guru Nik Aziz Dakwa Ditampar Senator
|
Cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul…
Annuar Musa Dedah Punca Undur Diri Dari KTRW, Bakal Terajui Kelantan City
|
Bekas Presiden Kehormat Kelantan The Real Warriors, Tan Sri…
Kelantan Berpotensi Jadi Hab Tenaga Hijau Negara
|
Kelantan dilihat mempunyai potensi geografi dan cuaca yang besar…
Mufti Kelantan Sifatkan Sambutan Hari Jadi Bertema Bunian Sebagai Kufur Nikmat
|
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyifatkan sambutan hari…
13 Warga Myanmar Ditahan Di Jeli, Bayar RM3,500 Kepada Ejen Untuk Masuk Malaysia
|
Seramai 13 warga Myanmar termasuk dua kanak-kanak lelaki ditahan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!