Wanita Hamil Ditumbuk, Dibelasah Dengan Besi Oleh Suami Hingga Gugur, Patah Tangan

Seorang wanita hamil terpaksa menanggung derita berganda apabila mendakwa bukan sahaja dipukul tanpa belas kasihan oleh suaminya, malah kehilangan kandungan berusia 12 minggu akibat kejadian itu yang berlaku pada Khamis lalu.

Mangsa yang juga seorang penjawat awam berusia 39 tahun kini menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim selepas mengalami kecederaan serius termasuk patah tangan dan jari kiri, lebam di muka serta kecederaan pada bahagian perut.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 1 tengah hari apabila mangsa dipercayai dipukul menggunakan pelbagai objek termasuk penyangkut baju, getah paip, batang besi langsir dan batang penyapu ketika pertengkaran berlaku.

Abang Dakwa Mangsa Ditumbuk Di Perut

Abang mangsa, Mohd Firdaus Moktar berkata, insiden itu menyebabkan adiknya kehilangan kandungan yang baru mencecah tiga bulan.

Menurutnya, pihak keluarga menerima panggilan daripada majikan mangsa yang memaklumkan wanita itu dipukul oleh suaminya.

“Kami terima satu panggilan telefon daripada majikan adik yang memberitahu dia telah dipukul oleh suaminya dalam satu kejadian.

“Pada masa itu, dua rakan sekerja adik telah datang membantu dan membawanya ke Hospital Sultan Abdul Halim. Sebaik kami tiba di hospital, adik menceritakan kejadian itu,” katanya pada Sabtu.

Mohd Firdaus mendakwa adiknya turut ditumbuk di bahagian perut sebelum kandungannya gugur.

Suspek Didakwa Ugut Ganggu Keluarga

Dalam pada itu, Mohd Firdaus mendakwa suspek berusia 43 tahun turut mengugut untuk mengganggu keluarga mangsa termasuk dua anak isterinya daripada perkahwinan terdahulu.

Selain itu, lelaki berkenaan dipercayai melarikan barang kemas serta wang simpanan mangsa di bank berjumlah hampir RM50,000 sebelum menghilangkan diri.

“Kejadian itu menyebabkan adik saya cedera dan trauma. Atas nasihat doktor, adik saya ditahan di hospital bagi tujuan rawatan dan keselamatannya,” ujarnya.

Menurutnya, laporan polis sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda.

Polis Sahkan Terima Laporan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Hanyan Ramlan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Beliau memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan serta Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 2017.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Bukan Lagi Untuk Kayangan, HPUSM Tawar IVF Dengan Kos Jauh Lebih Rendah
|
Rawatan persenyawaan in vitro (IVF) kini bukan lagi sesuatu…
PGA Serbu Kilang Kayu Di Kuala Krai, Rampas Kayu Tidak Bercukai Bernilai RM1 Juta
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah kilang kayu yang…
Cuaca Panas Buatkan Itik ‘Merajuk’ Enggan Bertelur, Hilang Selera Makan
|
Seorang penternak itik telur di Kampung Sering, Kota Bharu…
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’, Kisah Hidup Prof Teo Kok Seong, Pakar Bahasa Dari Kelantan
|
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’ Nama Profesor Datuk Dr Teo…
Jawatan Kosong Kelantan