Suami Isteri Dera Anak Saudara Usia 10 Tahun Direman 7 Hari Di Machang

Suami isteri yang ditahan semalam kerana disyaki melakukan penderaan terhadap anak saudara lelaki berusia 10 tahun direman tujuh hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Azuhar Md Nor berkata, perintah reman terhadap pasangan berusia 29 dan 31 tahun itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Krai pagi tadi.

"Tempoh reman untuk kedua-dua suspek akan tamat pada 27 April," katanya.

Menurut beliau, pasangan terbabit ditahan selepas pihak polis menerima laporan daripada pegawai perubatan di Klinik Kesihatan Bukit Bakar.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.


Dipercayai Didera Selama Beberapa Tahun

Difahamkan, kanak-kanak lelaki berkenaan berada dalam jagaan pasangan terbabit dan dipercayai menjadi mangsa penderaan sejak beberapa tahun lalu.

Sumber memaklumkan kanak-kanak itu bersekolah di Machang dan dia serta empat adik-beradiknya berada dalam jagaan saudara selepas ibu bapa mereka dipenjarakan atas kesalahan berkaitan dadah.


JKM Turun Melawat, Pastikan Perlindungan

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, Che Samsuzuki Che Noh hari ini melawat kanak-kanak berkenaan yang kini dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai.

Beliau berkata pihaknya akan memastikan kanak-kanak itu mendapat perlindungan sepenuhnya.


Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

Stadium Baharu Kelantan Di Bukit Merbau Kini Mula Menampakkan Rupa
|
Perkembangan terkini pembinaan Stadium Bukit Merbau di Pasir Puteh…
KelSDeaf Perlukan RM100,000 Untuk Jayakan Kejohanan Futsal Orang Pekak Malaysia Di Kelantan
|
Persatuan Sukan Orang Pekak Negeri Kelantan (KelSDeaf) memerlukan RM100,000…
Pusat Latihan Kelantan Red Warrior FC Guna Rumput Jenis Zoysia
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) dilihat semakin serius…
Negara Diancam “Melayu Phobia”, Perlu Akta Khusus Lindungi Asal Usul Melayu
|
Kerajaan digesa menggubal satu akta khusus yang memperuntukkan bahawa…
[VIDEO] Pelancong Indonesia Tertarik Penggunaan Tulisan Jawi Di Kelantan
|
Sejak penerbangan terus Jakarta-Kota Bharu dibuka pada 16 Jun…
Kereta Bawa 200,000 Batang Rokok Seludup Terbabas Dalam Tali Air Di Tumpat
|
Cubaan seorang penyeludup meloloskan diri daripada ditahan Pasukan Gerakan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!