Isteri Dibelasah Suami Hanya Kerana Minta Dibeli Ayam Gepuk Di Cheras

Seorang suri rumah mendakwa dibelasah suaminya hanya kerana meminta dibelikan ayam gepuk akibat mengidam dalam kejadian di sebuah flat di Jalan Ikan Ayu, Cheras pada Rabu lalu.

Kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu berlaku ketika mangsa berada di rumah sebelum meminta suaminya membeli makanan tersebut.


Suami Berang Selepas Permintaan

Ketua Polis Daerah Cheras, Mohd Rosdi Daud berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu sekitar jam 9.03 malam pada hari sama.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati suspek dipercayai berang dengan permintaan mangsa sebelum memaki hamun.

“Mangsa mendakwa permintaan tersebut menyebabkan suspek berang sebelum memaki hamun.

“Suspek kemudian bertindak mencekik leher mangsa serta mengambil sebilah pisau sayur dan meletakkannya di bahagian leher wanita itu,” katanya dalam satu kenyataan.


Mangsa Alami Kecederaan

Beliau berkata, suspek turut menampar muka dan menumbuk kepala mangsa dalam kejadian tersebut.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kanan leher sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) di Cheras.

Mangsa kemudian membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

|
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra terus mencatat peningkatan pergerakan…
Guru Agama Didakwa Amang Seksual Dua Kanak-Kanak Lelaki
|
Seorang guru agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret…
32 Gol Semusim, Mbarga Bagi Bayangan Kekal Bersama KRW FC
|
Pemenang kasut emas Liga A1 Semi Pro, Emmanuel Mbarga…
Jangan Sekadar Tulis Di Media Sosial, Exco Minta Aduan Air Terus Dibuat Kepada AKSB
|
Kerajaan Kelantan meminta rakyat menyalurkan aduan berkaitan bekalan air…
Makmal Bertaraf Global Dibuka, Kelantan Sasar Jadi Hab Industri REE Lengkap
|
Kelantan menyasarkan pembangunan rantaian industri unsur nadir bumi bukan…
Lelaki Dicekup Selepas Diekori 30KM, 1.2 Tan Minyak Masak Subsidi Dirampas
|
Taktik seorang lelaki membawa hampir 1.2 tan minyak masak…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!