Tegur Anak Buat Air, Warga Emas Maut Ditumbuk Anak Sendiri Di Kota Bharu

Seorang warga emas berusia 83 tahun disahkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah di kepala dalam kejadian di Kampung Masjid, Baung Bayam, Kota Bharu pada Isnin lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, berdasarkan keterangan saksi iaitu adik kepada suspek, kejadian dipercayai berlaku apabila lelaki berusia 41 tahun itu sedang membuat air sebelum ditegur oleh bapanya.

Mangsa yang disifatkan sebagai seorang yang tegas dikatakan menegur suspek, sebelum lelaki itu terkejut, berpaling dan terus menumbuk bapanya.

Akibat tumbukan tersebut, mangsa dipercayai terjatuh dan kepalanya terhentak pada simen sehingga menyebabkan tengkorak pecah. Kejadian itu disaksikan sendiri oleh adik suspek.

Menurut Mohd Yusoff, mangsa dibawa ahli keluarga ke sebuah klinik berhampiran sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan lanjut.

Mangsa ditempatkan di Zon Merah HRPZ II dan menerima rawatan kecemasan termasuk bantuan pernafasan sebelum dimasukkan ke wad.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital berkenaan kira-kira jam 6.30 petang pada Selasa.

Hasil bedah siasat yang dijalankan Jabatan Forensik HRPZ II mengesahkan punca kematian adalah akibat kecederaan daya tumpul pada kepala sehingga menyebabkan keretakan tulang tengkorak serta pendarahan dalam otak.

Susulan kejadian itu, seorang individu telah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam perkembangan sama, Mohd Yusoff memaklumkan suspek kini sedang direman dan status masalah mentalnya akan dirujuk kepada pihak hospital serta pakar untuk pengesahan.

Polis turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan siasatan.


Sumber: Sinar Harian

SHARE

TERKINI

Lagu ā€œAdek Saye Abe Soreā€ Ciptaan Eddie Hamid Tular Hingga Ke Jepun
|
Fenomena lagu Kelantan nampaknya semakin menjadi-jadi apabila lagu ā€œAdek…
Wanita Ditahan Kerana Bakar Sampah Hingga Api Merebak Di Bachok
|
Padah membakar sampah tanpa kawalan, polis menahan seorang wanita…
Mayat Lelaki Warga Thailand Ditemui Tersangkut Di Anak Sungai Di Gua Musang
|
Penemuan mayat seorang lelaki yang tersangkut pada batu dan…
ADUN Melor Ajak Anak Muda Konvoi Motosikal Tengok Bangunan “Airport Baru”
|
Satu program konvoi motosikal dan sesi lepak santai bersama…
Kelantan Panas Kering: 9 Kes Kebakaran Berlaku Dalam 12 Jam
|
Kelantan merekodkan sembilan kes kebakaran dalam tempoh hanya 12…
10 Sekolah Di Bachok Terjejas Jerebu Akibat Kebakaran Tanah Gambut
|
Sebanyak 10 sekolah di daerah Bachok dilaporkan terjejas akibat…
Jawatan Kosong Kelantan