Polis Sahkan OKU Lembam Ditemui Tepi Jalan Di Bachok, Kes Diklasifikasi Bunuh

Polis Kelantan mengesahkan kematian seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) lembam yang ditemui di tepi jalan di Kampung Padang Lati, Bachok berpunca akibat kecederaan di kepala disebabkan trauma tumpul.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, kejadian itu kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Siaran media polis kelantan kes bunuh pemuda oku bachok


Mangsa, Muhammad Zakir Fikry Mohd Zainal, 20, meninggal dunia pada jam 12.55 tengah malam tadi ketika menerima rawatan di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Kubang Kerian.

Menurut Mohd Yusoff, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati tiada tanda-tanda kemalangan jalan raya, selain motosikal yang digunakan mangsa berada dalam keadaan baik tanpa sebarang kerosakan.

Katanya, berdasarkan keadaan itu pihak polis tidak menolak kemungkinan wujud unsur jenayah.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah kecederaan di kepala akibat trauma tumpul,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihati orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok atau balai polis berhampiran.

Sebelum ini, media melaporkan mangsa ditemui terbaring di tepi jalan pada jam 7.30 pagi semalam dalam keadaan kritikal dan berlumuran darah di bahagian muka serta kepala.

Motosikal jenis Honda C70 yang dinaiki mangsa juga ditemukan beberapa meter dari lokasi namun tidak mengalami sebarang kerosakan.

BERKAITAN:
OKU Lembam Maut Dipercayai Dipukul, Ditinggalkan Tepi Jalan Di Bachok
Adik Kongsi Detik Menyayat Hati Lihat Abang OKU Bertarung Nyawa


Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

Bomba Kelantan Rekod 1,509 Kes Kebakaran Terbuka Sejak Mac, Bachok Tertinggi
|
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan merekodkan peningkatan…
Kelantan Sasar Pasaran China & Singapura, Rangka Promosi Pelancongan Lebih Efektif
|
Kerajaan Negeri Kelantan kini merangka pendekatan promosi pelancongan yang…
Bengkel Kereta Di Jalan Long Yunus Kota Bharu Terbakar, Lima Kenderaan Hangus
|
Sebuah bengkel kereta di Jalan Long Yunus, Kota Bharu…
Pengeluaran Dron Serangan Iran Meningkat 10 Kali Ganda Sejak Perang
|
Kadar pengeluaran dron serangan Iran dilaporkan meningkat sehingga 10…
YIK Lahirkan 5,720 Huffaz, 432 Graduan Tahfiz Dirai Dalam Majlis Graduasi Kali Ke-16
|
Yayasan Islam Kelantan (YIK) berjaya melahirkan seramai 5,720 huffaz…
MB Manfaat Lawatan PM Sabtu Ini, Bincang Pembangunan Perlu Disegerakan
|
Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke…
Jawatan Kosong Kelantan