Polis Serbu Lokasi Lombong Emas Haram Di Jeli, 3 Lelaki Lari Masuk Hutan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan operasi di daerah Jeli dan merampas pelbagai peralatan dipercayai digunakan pelombong, dalam usaha membanteras pencerobohan termasuk aktiviti melombong emas secara haram.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Kamarulzaman Harun berkata operasi itu dijalankan oleh Pasukan ‘Task Force’ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli bersama pegawai dan anggota dari Pejabat Tanah dan Galian (PTG) jajahan menerusi op intra agensi.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan mendapati terdapat aktiviti melombong emas tanpa kebenaran di kawasan berkenaan.

“Ketika serbuan, tiga lelaki melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran dan usaha mengesan mereka dijalankan, namun gagal ditemui,” katanya pada Rabu.

Peralatan Lombong Dirampas Di Tepi Sungai

Kamarulzaman berkata, pemeriksaan lanjut di tepi sungai menemui pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk aktiviti perlombongan haram.

Antara peralatan yang dirampas termasuk tujuh enjin sedut air, lapan keping permaidani, dua batang penyambung paip besi yang ditempah, empat gulung paip getah dan empat periuk.

Beliau menegaskan PDRM akan terus komited melaksanakan operasi secara berterusan bagi membanteras sebarang bentuk pencerobohan, penyeludupan serta aktiviti haram di kawasan sempadan negara khususnya di Kelantan.


Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Tular Tema Bunian Sambutan Hari Jadi Founder Di Kelantan Cetus Perdebatan
|
Tular di media sosial satu video memaparkan sambutan hari…
Selangor, Sabah Dan Johor Catat Kes Rogol Tertinggi Dalam Tempoh Tiga Tahun
|
Malaysia merekodkan sebanyak 1,996 kes rogol dengan paksaan sepanjang…
Perlis, Terengganu, Kelantan Paling Sedikit Kes Pembunuhan
|
Perlis, Terengganu dan Kelantan direkodkan sebagai tiga negeri yang…
Myvi Kuning Bawa 9 PATI Rempuh Kereta, Rumah Penduduk Di Tumpat
|
Seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun bersama sembilan pendatang…
Kos Penternakan Tinggi Punca Amalan Lepas Bebas Lembu Masih Berlaku Di Kelantan
|
Tekanan kos penternakan yang semakin meningkat dipercayai menjadi antara…
KPDN Rampas 825 Liter Diesel Disorok Dalam Kotak Ais Di Pengkalan Kubor
|
Sebuah stor dalam kawasan kilang memproses ais di Pengkalan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!