Tekong Darat Dan 2 Warga Asing Parah, Kereta Terbabas Rlak Polis Di Jeli

Seorang lelaki dipercayai tekong darat dan dua pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Bangladesh cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas ketika cuba melarikan diri daripada ditahan polis berhampiran Jalan Bukit Cermin, Kampung Sungai Rual Jeli pada Khamis.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Ahmad Radzi Hussain berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, sepasukan anggota Cawangan Risik Batalion Ketujuh mengesan sebuah Proton Saga merah dalam keadaan mencurigakan di Lebuhraya Timur-Barat.

Menurut beliau, pemandu kereta warga tempatan berusia 21 tahun itu dipercayai bertindak memecut laju selepas menyedari dirinya diekori pasukan PGA sebelum hilang kawalan lalu terbabas dan menjunam ke cerun jalan.

“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan itu menemukan sembilan individu termasuk pemandu warga tempatan dan lapan lelaki warga Bangladesh berusia antara 20 hingga 40 tahun.

“Enam lelaki warga Bangladesh mengalami kecederaan ringan manakala tekong dan dua lagi lelaki warga Bangladesh cedera parah,” katanya.

Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Jeli untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Pemeriksaan lanjut di dalam kereta itu turut menemukan 10 biji pil dipercayai dadah jenis Yaba selain menyita Proton Saga terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 26J Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) atau Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63.

Sementara itu, warga asing yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana masuk dan berada di negara ini tanpa pas atau permit sah.


Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

Rupanya Ini Sebab Bendera Arab Saudi Tidak Pernah Diletakkan Di Atas Padang Piala Dunia
|
Setiap kali aksi Piala Dunia 2026 berlangsung, perhatian peminat…
Istilah Rohingya Hanya Muncul Sekitar 1950an, Dari Mana Datangnya Etnik Ini Sebenarnya?
|
Istilah “Rohingya” hari ini dikenali di seluruh dunia sebagai…
Penerbangan Sulung Kota Bharu-Jakarta Cipta Sejarah Baharu Buat Kelantan
|
Sejarah baharu tercipta apabila penerbangan sulung AirAsia bagi laluan…
‘Punggung Isteri Menggerutu’ Antara 23 Alasan Pelik Penceraian Pasangan Muda
|
Punca perceraian dalam kalangan pasangan yang masih “setahun jagung”…
PGA Gagalkan Cubaan Seludup Minyak Masak Dan Gula Ke Thailand Di Rantau Panjang
|
Kegiatan warga Thailand yang membeli minyak masak dan gula…
Dua Anggota Tentera Maut Dipercayai Terkena Letupan Bom Semasa Latihan
|
Dua anggota tentera dilaporkan maut dipercayai terkena letupan bom…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!