Myvi Kuning Bawa 9 PATI Rempuh Kereta, Rumah Penduduk Di Tumpat

Seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun bersama sembilan pendatang warga Bangladesh ditahan selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh sebuah kenderaan dan rumah penduduk di Kampung Tok Malik, Wakaf Bharu, pada Sabtu.

Kejadian kira-kira jam 7 pagi itu berlaku ketika sepasukan anggota Task Force Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) menjalankan rondaan Ops Taring Wawasan Kelantan di kawasan berkenaan.

Cubaan Melarikan Diri Berakhir Dengan Kemalangan

Komander Briged Tenggara PGA, SAC Ahmad Radzi Hussain berkata, anggota PGA mengesan sebuah Perodua Myvi berwarna kuning dalam keadaan mencurigakan sebelum cuba menahannya untuk pemeriksaan.

Bagaimanapun, pemandu kenderaan itu bertindak memecut dan cuba melarikan diri.

“Suspek gagal mengawal kenderaan sebelum terbabas dan merempuh sebuah kereta milik penduduk serta sebahagian rumah di Kampung Tok Malik.

“Pemeriksaan mendapati kenderaan itu dipandu seorang lelaki tempatan yang disyaki bertindak sebagai tekong darat dan membawa sembilan pendatang warga Bangladesh,” katanya.

Dibayar RM100 Bagi Setiap Pendatang

Menurut Ahmad Radzi, suspek berjaya ditahan di lokasi kejadian manakala kesemua pendatang terbabit turut ditahan untuk tindakan lanjut dan proses dokumentasi di Markas Taktikal PGA Pengkalan Kubor.

Pemeriksaan awal mendapati kesemua warga Bangladesh yang berusia antara 20 hingga 55 tahun itu gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.

“Siasatan awal mendapati pemandu terbabit mengaku menerima upah RM100 bagi setiap pendatang yang diambil di sempadan Malaysia-Thailand untuk dihantar ke Kota Bharu,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.


Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

PGA Rampas 8,800 Helai Kain Batik Seludup Bernilai RM1.76 Juta Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk…
Kali Pertama Seludup Arak Dari Thailand, Dua Lelaki Dicekup PGA Di Rantau Panjang
|
Cubaan pertama dua lelaki untuk menyeludup masuk minuman keras…
Ketua Jurulatih Senegal Tegas Utamakan Kewajipan Solat
|
Ketika ramai pasukan memberi tumpuan sepenuhnya kepada persiapan menghadapi…
Rupanya Ini Sebab Bendera Arab Saudi Tidak Pernah Diletakkan Di Atas Padang Piala Dunia
|
Setiap kali aksi Piala Dunia 2026 berlangsung, perhatian peminat…
Istilah Rohingya Hanya Muncul Sekitar 1950an, Dari Mana Datangnya Etnik Ini Sebenarnya?
|
Istilah “Rohingya” hari ini dikenali di seluruh dunia sebagai…
Penerbangan Sulung Kota Bharu-Jakarta Cipta Sejarah Baharu Buat Kelantan
|
Sejarah baharu tercipta apabila penerbangan sulung AirAsia bagi laluan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!