Lagi Isu Kuota BUDI95 ‘Lesap’ Diguna Pihak Lain Di Tumpat

Isu kuota petrol subsidi Budi Madani RON95 (Budi95) kembali mencetuskan kebimbangan apabila satu kes terbaru dilaporkan berlaku di kawasan Tumpat, Kelantan, membabitkan baki kuota yang berkurangan tanpa disedari pemilik asal.

Menurut pengguna Facebook, Auni Abd Rahman, penyalahgunaan IC orang lain didakwa berlaku bagi mengisi petrol di sebuah stesen Caltex di Pengkalan Kubur.

Dalam hantaran beliau, Auni berkata, “Setelah aku siasat.. memang betul ada salah guna IC orang untuk beri kepada orang lain isi minyak… Mereka berpakat nak pergi buat report polis. Jadi jangan ingat aku saja-saja viral… kita selalu isi minyak kat situ… lepas ni taknak pergi dah di Caltex Pengkalan Kubur.”

Sebelum ini, seorang usahawan turut mendakwa dua transaksi Budi95 direkodkan di stesen minyak Tumpat pada 5 April sedangkan beliau berada di Kuantan pada masa itu dan tidak pernah mengisi minyak di situ.

BERKAITAN: Individu Terkejut BUDI95 Hilang “Dicuri” Di Caltex Tumpat

Pengguna yang sering mengisi minyak di Tumpat atau kawasan sempadan digalakkan menyemak baki kuota mereka serta membuat laporan polis atau kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) sekiranya terdapat transaksi mencurigakan.

Semakan kuota BUDI95 boleh dibuat di https://www.budi95.gov.my/

SHARE:

TERKINI

Johor Rasmi Bubar DUN, PRN Ke-16 Bakal Diadakan
|
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 rasmi dibubarkan berkuat…
Cucu Arwah Tok Guru Nik Aziz Dakwa Ditampar Senator
|
Cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul…
Annuar Musa Dedah Punca Undur Diri Dari KTRW, Bakal Terajui Kelantan City
|
Bekas Presiden Kehormat Kelantan The Real Warriors, Tan Sri…
Kelantan Berpotensi Jadi Hab Tenaga Hijau Negara
|
Kelantan dilihat mempunyai potensi geografi dan cuaca yang besar…
Mufti Kelantan Sifatkan Sambutan Hari Jadi Bertema Bunian Sebagai Kufur Nikmat
|
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyifatkan sambutan hari…
13 Warga Myanmar Ditahan Di Jeli, Bayar RM3,500 Kepada Ejen Untuk Masuk Malaysia
|
Seramai 13 warga Myanmar termasuk dua kanak-kanak lelaki ditahan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!