Dua Lagi Anggota PBB Dari Indonesia Terkorban Di Selatan Lubnan

Misi penjaga keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan mengesahkan dua anggotanya terkorban dalam satu insiden maut di selatan negara itu, menjadikan ia kes kedua dalam tempoh 24 jam ketika pertempuran antara Israel dan Hizbullah semakin memuncak.

Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL) memaklumkan, dua anggota pengaman warga Indonesia terbunuh selepas satu letupan yang puncanya masih belum dikenal pasti memusnahkan kenderaan mereka.

Dalam kejadian sama, dua lagi anggota dilaporkan cedera dan seorang daripadanya berada dalam keadaan parah.

Dalam perkembangan berkaitan di lokasi berasingan, tentera Lubnan menyatakan serangan Israel mengorbankan seorang anggota mereka. Sementara itu, sumber keselamatan memaklumkan kepada AFP bahawa tiga anggota Hizbullah turut terbunuh dalam serangan Israel di pinggir selatan Beirut.

Lubnan mula terheret dalam konflik Asia Barat selepas Hizbullah yang disokong Iran melancarkan roket ke arah Israel pada 2 Mac lalu, sebagai tindak balas terhadap pembunuhan pemimpin agung Iran dalam
serangan yang didakwa dilakukan AS dan Israel.

Israel kemudiannya bertindak balas dengan melancarkan serangan besar-besaran ke seluruh Lubnan termasuk serangan darat di bahagian selatan.

Pihak berkuasa Lubnan melaporkan lebih 1,200 orang terbunuh sejak konflik tersebut tercetus.

UNIFIL turut memaklumkan siasatan telah dilancarkan berhubung insiden itu, yang berlaku hanya sehari selepas seorang lagi anggota pengaman Indonesia terbunuh dan tiga yang lain cedera akibat projektil yang juga tidak diketahui puncanya.

Ketua Operasi Keamanan PBB, Jean-Pierre Lacroix, mengecam keras insiden tersebut dan menegaskan semua tindakan yang membahayakan anggota pengaman perlu dihentikan segera.

Perancis selaku ahli tetap Majlis Keselamatan PBB kini dilaporkan sedang berusaha mengadakan mesyuarat bagi membincangkan kejadian itu, manakala Sepanyol turut mengecam serangan maut berkenaan.

Presiden Lubnan, Joseph Aoun juga mengutuk serangan yang menyasarkan pasukan pengaman tersebut dalam satu panggilan telefon bersama komander UNIFIL.

Pejabat presiden memaklumkan Aoun akan mengadakan pelbagai hubungan antarabangsa dalam usaha memulakan rundingan dengan Israel.

Sementara itu, Penyelaras Khas PBB untuk Lubnan, Jeanine Hennis-Plasschaert, menggesa supaya gencatan senjata segera dilaksanakan bagi menghentikan kemusnahan yang semakin buruk.



Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Penemuan Mayat Wanita Tertiarap Dengan Kesan Tikaman Di Atas Jalan Di Ketereh
|
Penduduk sekitar Ketereh dikejutkan dengan penemuan mayat seorang wanita…
10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Jawatan Kosong Kelantan