Lebih 100 jemaah menunaikan solat sunat Istisqa di Masjid Jamek Razaleigh, Gua Musang, hari ini sebagai ikhtiar memohon hujan susulan cuaca panas yang berterusan.
Imam Muda Masjid Jamek Razaleigh, Muhamad Khirul Safarudin Zulkifli berkata, usaha itu dilaksanakan bagi menyahut arahan pelaksanaan solat sunat berkenaan melibatkan semua masjid negeri, bandar dan jajahan di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).
Menurutnya, solat sunat Istisqa itu dilakukan di halaman dataran masjid berhampiran replika Kaabah yang menjadi mercu tanda ikonik masjid tersebut.
“Solat sunat Istisqa pada pagi ini, dilakukan di halaman dataran masjid berhampiran replika Kaabah yang menjadi mercu tanda ikonik masjid ini.
“Alhamdulillah, kita dapat menunaikan solat sunat istisqa bagi menyahut seruan pihak negeri. Walaupun keadaan pagi agak redup sedikit berbanding kawasan lain kerana faktor berbukit dan banyak pokok, namun cuaca panas terik tetap dirasai terutama pada waktu tengah hari,” katanya.
Sumber: Berita Harian
SHARE:
