Empat Daerah Rekod Cuaca Panas Tahap 1 Di Kelantan

Orang ramai dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan sekiranya mengalami gejala seperti sakit kepala, pening, mual atau kekejangan sepanjang musim panas melampau.

Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Mohd Azman Yacob berkata, jika tidak bertindak pantas, keadaan boleh menjadi lebih buruk sehingga menyebabkan dehidrasi, kekeliruan, tidak sedarkan diri atau koma akibat strok haba.

“Setakat ini empat daerah di Kelantan iaitu Kuala Krai, Pasir Mas, Tanah Merah dan Machang merekodkan status cuaca panas Tahap Satu (berjaga-jaga) dengan suhu 35 hingga 37 darjah Celcius selama tiga hari.

“Sejak awal Mac hingga kini Kelantan masih mengalami cuaca panas Tahap Satu dan pendedahan kepada keadaan itu dalam tempoh yang lama dan kurang air boleh memudaratkan kesihatan terutama golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, ibu hamil, warga emas serta pesakit kronik,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurut Dr Mohd Azman, gejala yang dialami mungkin dianggap biasa, namun boleh membawa kepada risiko dehidrasi jika tidak dirawat segera.

Elak Aktiviti Luar Waktu Puncak

Beliau berkata, langkah pencegahan perlu diambil terutama dalam merancang aktiviti luar atau bercuti ketika musim panas.

Antara langkah disarankan ialah mengelakkan aktiviti luar dilakukan pada waktu puncak cuaca panas sekitar jam 11 pagi hingga 4 petang serta memperbanyakkan minum air kosong.

Selain itu, orang ramai dinasihatkan kerap mandi untuk menyejukkan badan dan memakai pakaian nipis, longgar serta berwarna cerah bagi membantu kehilangan haba dengan lebih cepat.

Dr Mohd Azman turut mengingatkan supaya mengehadkan aktiviti fizikal lasak kerana ia boleh meningkatkan risiko penyakit berkaitan cuaca panas.

“Saya juga meminta Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) agar menghadkan aktiviti luar bilik darjah membabitkan murid sekolah kerana kanak-kanak adalah golongan berisiko,” katanya.

Rawatan Awal Jika Ada Gejala

Dalam pada itu, beliau berkata rawatan awal boleh dilakukan sama ada di rumah atau tempat kerja dengan memastikan pengudaraan baik seperti membuka tingkap dan memasang kipas atau pendingin hawa.

Jika terdapat mangsa menunjukkan gejala akibat cuaca panas, suhu badan perlu diturunkan segera dengan menyiram air ke tubuh mangsa dan meletakkan pek ais di celah ketiak, pelipat kaki atau celah paha.

“Jika mangsa pitam atau pengsan seterusnya tiada pernafasan atau nadi, mangsa perlu segera dibawa ke fasiliti kesihatan terdekat untuk bantuan pertolongan cemas,” katanya.


Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

“Saya Ingat Kami Semua Akan Mati” – Rumah Diserang 49 Das Mercun Di Kota Bharu
|
Detik mencemaskan dilalui lapan sekeluarga apabila rumah mereka di…
Bayi Perempuan Bertali Pusat Ditemui Ditinggalkan Di Pekarangan Masjid
|
Jemaah dan penduduk sekitar Masjid Al-Jamhuriah, Kuala Besut digemparkan…
Kuching City, Melaka FC Jadi Medan Ujian KRW Sebelum Sepak Mula Liga Super
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) mengumumkan jadual lengkap…
Ketua Pemuda Amanah Bachok Didakwa Muat Naik Poster Palsu Kenaikan Harga Minyak
|
Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Bachok mengaku tidak…
[VIDEO] Pemilik Rumah Kesal, Penyewa Lari Tinggalkan Rumah Dalam Keadaan Rosak Dan Kotor
|
Seorang pemilik rumah di Taman Desa Kujid, Kota Bharu…
Sudah 10 Kali Ditangkap, Lelaki Mengaku Jadi Penyeludup Demi Sara Keluarga
|
"Kalau Tak Buat Kerja Ini, Apa Lagi Saya Boleh…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!