Satu DUN, satu padang – Kelantan peruntuk RM200 ribu setiap DUN naiktaraf padang bolasepak

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan memperuntukkan kos sebanyak RM200,000 bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menaik taraf padang bola sepak mengikut piawaian ditetapkan.

Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat, YB Zamakhshari Muhammad, berkata peruntukan itu akan digunakan untuk pelbagai kerja penaiktarafan termasuk menambun serta meratakan tanah, pembinaan pagar, penyediaan astaka dan bangku, selain pemasangan tiang gol dan penghadang di belakang gawang.

“Kerajaan negeri akan menanggung sepenuhnya kos menaik taraf padang bola di setiap DUN. Usaha ini bagi memastikan setiap DUN mempunyai padang bola berkualiti dan menepati piawaian,” katanya dalam satu hantaran di media sosial, semalam.

Beliau berkata, kebanyakan DUN di Kelantan sudah memiliki padang bola, dan fokus kerajaan kini adalah menaik taraf fasiliti sedia ada agar dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat setempat.

“Bagi DUN yang masih belum mempunyai padang bola diselia kerajaan, saya telah meminta wakil rakyat mengenal pasti tanah sesuai bagi pembangunan padang baharu,” jelasnya.

Setakat ini, kerja pembinaan dan naik taraf padang sedang dijalankan di dua lokasi iaitu Gual Ipoh dan Kuala Balah, selepas peruntukan diluluskan.

YB Zamakhshari turut menegaskan komitmen kerajaan negeri merealisasikan hasrat ‘Satu DUN, Satu Padang Bola Mengikut Piawaian’ sebagai langkah memperkukuh pembangunan sukan di peringkat akar umbi.

Terdahulu, beliau telah merasmikan Padang Bola Apam Putra di Kampung Repek yang dinaik taraf mengikut spesifikasi padang bola sebenar.

“Walaupun fasiliti ini masih di peringkat awal, padang ini sudah boleh digunakan oleh orang awam dan pastinya memberi manfaat kepada penduduk setempat, khususnya di Apam Putra,” katanya.

#KelantanDaily
Sumber: Media Point

TERKINI

Myanmar Setuju Terima Semula 5,000 Pelarian Rohingya Dari Malaysia
|
Myanmar bersetuju menerima semula kira-kira 5,000 pelarian Rohingya yang…
Pukul Pengawal Peribadi dan Hina Ibadah Puasa, Ahli Perniagaan Dipenjara Lima Tahun
|
Seorang ahli perniagaan mula menjalani hukuman penjara lima tahun…
Penunggang RXZ Maut Dirempuh Selepas Proton Wira Buat Pusingan U
|
Seorang penunggang motosikal Yamaha RXZ maut selepas melanggar sebuah…
Dua Pemandu Bas Ekspres Ditahan, Sorok Syabu Belakang Tempat Duduk Pemandu
|
Dua pemandu bas ekspres ditahan polis selepas disyaki memiliki…
34,000 Akaun Pengguna Di Empat Jajahan Dijangka Alami Gangguan Bekalan Air
|
Kira-kira 34,000 akaun pengguna di empat jajahan di Kelantan…
PGA Tahan Enam Lelaki, Rampas 360 Tan Bijih Besi Di Kuala Krai
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan enam lelaki serta merampas…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!