Cuaca Panas El Nino: Rakyat Kelantan Diingatkan Pantau Anak-Anak Elak Strok Haba

Rakyat Kelantan diminta lebih berwaspada dan mengawasi pergerakan anak-anak sepanjang sambutan Aidilfitri ekoran cuaca panas yang dijangka melanda dalam tempoh terdekat susulan fenomena El Nino.

Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Datuk Rohani Ibrahim berkata, langkah itu penting bagi mengelakkan risiko strok haba, terutama jika kanak-kanak terdedah kepada cuaca panas untuk tempoh yang lama.

“Kebetulan Aidilfitri kali ini kita berada dalam fasa cuaca panas yang dijangka berlarutan, jadi aspek kesihatan perlu diberi perhatian serius.

“Ibu bapa khususnya perlu mengawal pergerakan anak-anak agar tidak terlalu lama berada di luar rumah bagi mengelakkan risiko strok haba,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Kota Bharu peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Mas di Kota Bharu pada Khamis.

MetMalaysia Jangka El Nino Dalam 1 Hingga 2 Bulan

Menurut Rohani, berdasarkan jangkaan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), fenomena El Nino dijangka berlaku dalam masa satu hingga dua bulan lagi.

Katanya, situasi itu memerlukan ibu bapa dan masyarakat mengambil langkah proaktif bagi menjaga kesihatan diri serta keluarga.

Orang Ramai Juga Diminta Peka Risiko Kebakaran

Dalam masa sama, beliau turut menggesa orang ramai supaya lebih peka terhadap risiko kebakaran yang boleh berlaku akibat cuaca panas.

Ujarnya, keadaan cuaca kering dan suhu tinggi boleh menjadi faktor penyumbang kepada kejadian kebakaran sekiranya langkah pencegahan tidak diambil.

“Kita minta rakyat supaya lebih peka kerana dalam keadaan tertentu, cuaca panas juga boleh menyebabkan kebakaran berlaku tanpa disedari, jadi semua pihak perlu lebih bertanggungjawab dan segera bertindak jika melihat kejadian tersebut,” katanya.

Beliau berharap orang ramai tidak mengambil ringan situasi cuaca panas yang sedang berlaku dan sentiasa mengutamakan keselamatan serta kesihatan sepanjang musim perayaan ini.


Sumber: Sinar Harian

TERKINI

Cemburu Dipercayai Punca Pelajar Kolej Ditikam 61 Kali Di Ketereh, Polis Sifatkan Kes Selesai
|
Motif cemburu dipercayai menjadi punca pembunuhan seorang pelajar kolej…
Belalang Kerek Bukan Sekadar Hobi, Main Peranan Dalam Ekosistem
|
Fenomena memelihara dan mempertandingkan serangga eksotik dikenali sebagai “belalang…
Gadis Ditikam 61 Kali Keluar Makan Dengan 2 Suspek, Muat Naik Status WhatsApp Jam 11 Malam
|
Kes pembunuhan penuntut kolej wanita yang ditemukan mati dengan…
“Baru Sabtu Lepas Kami Hantar Dia…” Abang Mangsa 61 Tikaman Luah Sebak
|
“Baru Sabtu minggu lalu kami hantar adik menyambung semester…
Kes Pelajar Wanita Ditikam 61 Kali Di Ketereh: Dua Suspek 19 Tahun Ditahan Polis
|
Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes kematian…
“Bersyukur Masih Hidup…” Penjaga Lembu Ditembak Di Pipi Tak Serik Terus Bekerja
|
“Bersyukur masih hidup.”Itu perkara pertama yang terlintas di fikiran…
Jawatan Kosong Kelantan