Masjid Seluruh Kelantan Tunaikan Solat Istisqa Serentak, Mohon Hujan Dan Rahmat

Masjid di seluruh Kelantan melaksanakan solat sunat Istisqa secara serentak hari ini sebagai ikhtiar memohon hujan dan rahmat daripada ALLAH SWT susulan cuaca panas berpanjangan yang melanda negeri ini.

Arahan pelaksanaan itu melibatkan semua masjid negeri, bandar dan jajahan di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Imam Besar MAIK, Muhammad Hana Pizi Abdullah berkata, langkah tersebut diambil bagi memohon agar ALLAH SWT mengurniakan hujan yang membawa kebaikan kepada seluruh rakyat.

“Alhamdulillah, semua masjid melaksanakan solat Istisqa hari ini. Kita memohon agar ALLAH SWT mengurniakan hujan yang membawa rahmat serta meredakan keadaan,” katanya kepada pemberita pada Khamis.

Jemaah Hadir Dengan Penuh Khusyuk

Di Masjid Jamek Muhammadi, lebih 40 jemaah menyertai solat berkenaan yang diimamkan oleh Hairul Azizi Mokhtar dalam suasana penuh khusyuk.

Menurut beliau, pelaksanaan solat Istisqa bukan sahaja sebagai usaha memohon hujan, malah menjadi seruan muhasabah agar umat Islam kembali memperkukuh hubungan dengan ALLAH SWT ketika diuji dengan perubahan cuaca.

Terdahulu, cuaca panas berterusan sejak beberapa minggu lalu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk, khususnya melibatkan bekalan air dan keselesaan harian.


Sumber: Sinar Harian

TERKINI

Premis Dijadikan Sekolah Rohingya Di Kuala Terengganu Cetus Kebimbangan Penduduk
|
Kewujudan sebuah sekolah khas untuk kanak-kanak etnik Rohingya di…
Tiga Sekawan Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja 13 Tahun Di Kuala Krai
|
Tiga sekawan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota…
Buruh Didakwa Rogol Remaja 15 Tahun Selama Tiga Hari Berturut-Turut Di Bachok
|
Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari…
Anak Mengaku Tetak Bapa, Bakar Kereta Dan Motosikal Di Pasir Puteh
|
Seorang pembantu kedai mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota…
Sultan Muhammad V Berangkat Santuni Mangsa Kebakaran Gok Kapur
|
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli melawat…
Pengasas Elrah Bagi Bayangan Bakal Jadi Penaja KRWFC
|
[DIKEMASKINI] Satu hantaran dimuat naik usahawan terkenal Kelantan, Muhd…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!