Pantai Kemayang, Pantai Irama Catat Kes Lemas Tertinggi

Dua pantai popular di Bachok iaitu Pantai Kemayang dan Pantai Irama dikenal pasti sebagai lokasi berisiko tinggi kes lemas berdasarkan rekod sepanjang lima tahun sejak 2021.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, kedua-dua kawasan itu merekodkan antara jumlah tragedi tertinggi di daerah berkenaan.

Menurutnya, Pantai Kemayang mencatatkan sekurang-kurangnya lima kes melibatkan lima mangsa, manakala Pantai Irama turut merekodkan beberapa kejadian termasuk kes terbaharu tahun ini.

“Kebanyakan mangsa adalah lelaki dan ditemui sama ada di lokasi kejadian atau hanyut ke kawasan berhampiran dalam tempoh tertentu,” katanya.

Kes Lemas Turut Libatkan Sungai Dan Tali Air

Selain pantai, kes lemas turut dilaporkan berlaku di beberapa lokasi lain termasuk kawasan tali air dan sungai seperti di Kampung Budi, Kubang Telaga serta Sungai Mujur, Jelawat.

Bagi tahun 2025 sahaja, sebanyak lima kes direkodkan membabitkan enam mangsa, dengan dua daripadanya berlaku di Pantai Kemayang dan Pantai Irama.

Statistik tahun 2023 pula menunjukkan peningkatan ketara apabila lapan kes direkodkan di beberapa pantai utama termasuk Pantai Melawi, Pantai Damai, Pantai Sri Nipah dan Pantai Telong.

Sementara itu, enam kes direkodkan pada tahun 2024 melibatkan lokasi seperti Pantai D’Aur, Pantai Kemayang serta beberapa kawasan tali air di sekitar daerah ini.

Rondaan Diperhebat, Orang Ramai Diingatkan Berhati-Hati

Susulan itu, pihak polis mempergiatkan langkah pencegahan terutama di kawasan yang dikenal pasti sebagai ‘hotspot’.

Antara langkah diambil termasuk rondaan berkala Unit MPV sebanyak empat kali sehari serta Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dua kali sehari di kawasan tumpuan.

Pemantauan turut dilakukan oleh pasukan ronda cegah jenayah melibatkan empat balai di bawah pentadbiran IPD Bachok.

Selain itu, hebahan keselamatan melalui pembesar suara juga dilakukan secara berterusan bagi mengingatkan pengunjung.

Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berwaspada dan tidak mengambil risiko ketika beriadah di pantai, terutama ketika keadaan ombak kuat atau cuaca tidak menentu sepanjang musim perayaan ini.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Jawatan Kosong Kelantan