Mayat Lelaki Ditemui Terapung Di Sungai Kelantan Berhampiran Kampung Tendong

Mayat seorang lelaki ditemui terapung di Sungai Kelantan berhampiran Kampung Tendong, petang Sabtu.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Nor Izana Abdullah, berkata lelaki berpakaian lengkap yang dipercayai berusia dalam lingkungan 40-an itu ditemui oleh orang awam di kawasan berkenaan.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 5.06 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Anggota bomba yang tiba di kawasan sungai mendapati mayat mangsa berada dalam keadaan tertiarap akibat dihanyutkan arus sungai.

“Mayat mangsa pada awalnya dijumpai oleh orang awam sebelum anggota bomba membawa mayat lelaki terbabit ke tebing sungai,” katanya ketika dihubungi hari ini.



Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sumber: Kosmo

SHARE:

TERKINI

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Terima Rasuah Lebih RM1 Juta
|
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Iliyas Jamil,…
Ini Senarai 10 Nama Kampung Unik Di Kelantan
|
Kelantan sememangnya terkenal dengan budaya, dialek dan sejarah yang…
Tuan Guru Haji Awang Yusuf Dinobat Tokoh Hijratul Rasul Kelantan 1448H
|
Mudir Madrasah Yusufiah Pondok Banggol Naim Gelang Mas, Pasir…
[VIDEO] Peniaga Peragakan Pakaian Dalam Di Tempat Awam Cetus Kecaman
|
Satu video yang memaparkan seorang peniaga wanita memperagakan pakaian…
Ulama Umno Bidas Senator DAP, Pertahan Program Dakwah Di UPSI
|
Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Mohd Khairuddin Aman Razali…
PRU16 Dijangka Diadakan Oktober Atau November Tahun Ini
|
PAS menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan berlangsung…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!