Jasad Bapa Lemas Selepas Selamatkan Anak Di Gua Musang Telah Ditemui

Jasad seorang lelaki berusia 40 tahun yang dikhuatiri lemas dihanyutkan arus deras Sungai Relai di RKT Kesedar Lebir 1, Gua Musang petang semalam telah ditemui oleh anggota bomba yang melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Mangsa, Mohamad Fakarudin Abdul Halim @ Awang, ditemui pada jam 12:27 tengah hari kira-kira 3 meter dari tempat terakhir mangsa tenggelam sebelum operasi ditamatkan pada jam 14:05.

Sebelum ini dilaporkan mangsa berjaya menyelamatkan anak lelakinya yang dihanyutkan arus sebelum dirinya pula tenggelam dan hilang dibawa arus deras sungai.

Anak lelaki mangsa dipercayai cuba mengambil selipar yang hanyut di kawasan cetek sebelum tiba-tiba dihanyutkan arus deras.

BERKAITAN: Sempat Campak Anak Ke Tebing, Bapa Dikhuatiri Lemas Selepas Selamatkan Anak

SHARE:

TERKINI

Pusat Latihan Kelantan Red Warrior FC Guna Rumput Jenis Zoysia
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) dilihat semakin serius…
Negara Diancam “Melayu Phobia”, Perlu Akta Khusus Lindungi Asal Usul Melayu
|
Kerajaan digesa menggubal satu akta khusus yang memperuntukkan bahawa…
[VIDEO] Pelancong Indonesia Tertarik Penggunaan Tulisan Jawi Di Kelantan
|
Sejak penerbangan terus Jakarta-Kota Bharu dibuka pada 16 Jun…
Kereta Bawa 200,000 Batang Rokok Seludup Terbabas Dalam Tali Air Di Tumpat
|
Cubaan seorang penyeludup meloloskan diri daripada ditahan Pasukan Gerakan…
12 Pegawai Polis Ditahan Disyaki Peras Ugut Warga China RM2 Juta
|
Seramai 12 pegawai polis pelbagai pangkat ditahan selepas dipercayai…
Mbarga, Musa Dijangka Turun Beraksi Dalam Pusingan 16 Piala FA Golok
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal meneruskan cabaran…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!