Lima Pantai Di Kelantan Dikenal Pasti Kerap Berlaku Kes Lemas – JBPM

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengenal pasti lima pantai di Kelantan yang kerap merekodkan kejadian lemas, sekali gus dikategorikan sebagai kawasan berisiko tinggi.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Ahmad Izram Osman berkata, pantai terbabit ialah Pantai Kemayang, Pantai Irama, Pantai Kandis dan Pantai Senok di Bachok, serta Pantai Geting di Tumpat.

Menurutnya, sepanjang tahun lalu sebanyak tujuh kes lemas direkodkan di lima pantai berkenaan, dengan dua kes masing-masing di Pantai Kemayang dan Pantai Geting, manakala satu kes di Pantai Irama, Pantai Kandis dan Pantai Senok.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berjaga-jaga dan mengelakkan aktiviti mandi-manda di kawasan pantai, terutamanya ketika musim tengkujuh, bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Sumbangan Kebajikan Persatuan Kebajikan JBPM dengan kerjasama Biro Kebajikan PERISMA di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Izram memaklumkan bahawa empat kematian akibat banjir direkodkan susulan Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 yang bermula pada 13 November lalu sehingga semalam.

Katanya, tiga kematian direkodkan di Kelantan membabitkan daerah Tanah Merah, Gua Musang dan Kuala Krai, manakala satu lagi kes berlaku di Sepang, Selangor.

“Sepanjang tempoh sama, JBPM menerima 874 panggilan kumulatif bagi operasi banjir melibatkan pemindahan mangsa, pemantauan kawasan berisiko, pemindahan pesakit serta operasi logistik dan penyelamatan,” katanya.



Beliau turut memaklumkan bahawa setakat semalam, 12 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi dengan menempatkan 1,783 mangsa daripada 619 keluarga di Johor, Sarawak dan Sabah.

Terdahulu, pada majlis sama, beliau menyaksikan penyerahan van jenazah Toyota Hiace kepada JBPM Kelantan hasil sumbangan Affin Bank Berhad.

Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

Lari Dari Sekatan Polis, Dua Rohingya Ditahan Bersama 6,000 Pil Kuda Di Gua Musang
|
Cubaan dua lelaki etnik Rohingya melarikan diri daripada pemeriksaan…
RMMK Badang Siap Sepenuhnya, Tawar 344 Unit Rumah Serendah RM45,000
|
Projek Rumah Mampu Milik Kelantan (RMMK) Badang di Jalan…
JKDM Kelantan Rampas Rokok Seludup Bernilai Lebih RM500,000 di Bachok
|
Sebuah bangsal kayu di Kampung Kubang Bulat, Gunong, Bachok…
Lamine Yamal ‘Versi Kelantan’ Curi Perhatian Ketika Tayangan Akhir Piala Dunia
|
Bukan sahaja aksi final Piala Dunia FIFA menjadi tumpuan,…
Kelantan Kini Pengeluar Mangan Ketujuh Terbesar Dunia
|
Ramai mungkin tidak mengetahui bahawa Kelantan kini berada pada…
Kelantan Roboh Premis Dan Tiga Rumah Haram Dibina Etnik Rohingya di Tanah Merah
|
Kerajaan Kelantan mengambil tindakan merobohkan sebuah premis dan tiga…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!