“Jika Masih Hidup Kami Akan Terus Jejakinya” – IRGC Ikrar Terus Buru Netanyahu

Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) berikrar akan memburu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu susulan spekulasi mengenai keadaan sebenar pemimpin tersebut yang masih menjadi tanda tanya.

Amaran tegas itu dikeluarkan pada Ahad ketika konflik di Asia Barat kini memasuki minggu ketiga dan dilaporkan semakin sengit.


IRGC Dakwa Nasib Netanyahu Tidak Diketahui

Menurut IRGC, nasib Netanyahu masih belum jelas sama ada beliau masih hidup, sudah meninggal dunia atau melarikan diri bersama keluarganya.

“Nasib ‘pemimpin penjenayah’ itu masih tidak diketahui, sama ada hidup atau mati atau sudah pun melarikan diri bersama keluarganya. Keadaan semasa mendedahkan betapa gentingnya situasi yang menimpa pihak Zionis.

“Jika ‘pembunuh’ itu masih hidup, kami akan terus menjejaki dan menghukumnya,” tegas pasukan tersebut dalam satu kenyataan.


Khabar Angin Kematian Tular

Sejak minggu lalu, khabar angin mengenai kematian Benjamin Netanyahu tersebar di media sosial.

Malah kemunculan terbaharu pemimpin itu turut didakwa sebagai “klon” atau imej janaan kecerdasan buatan oleh pihak tertentu.

Bagaimanapun, pihak Tel Aviv dilaporkan enggan mengulas spekulasi serta teori konspirasi yang timbul setakat ini.


IRGC Lancar Gelombang Serangan

Dalam perkembangan berkaitan, IRGC dilaporkan melancarkan gelombang serangan balas ke-52 yang menyasarkan Israel serta tiga pangkalan tentera United States di negara Teluk.


WHO Kecam Serangan Ke Atas Hospital

Sementara itu, Ketua World Health Organization, Tedros Adhanom Ghebreyesus mengecam kempen pengeboman oleh Amerika Syarikat bersama Israel yang didakwa menyasarkan hospital dan sekolah di Teheran.

“Membunuh paramedik bukanlah kerosakan sampingan. Menyeksa orang awam dengan kelaparan juga bukanlah taktik rundingan. Semua ini adalah jenayah perang,” katanya menerusi catatan di X.


Agensi

SHARE:

TERKINI

Tak Mahu Susahkan Keluarga, Lelaki Sakit Kronik Nekad Tinggal Dalam Hutan Di Rantau Panjang
|
Seorang lelaki sanggup tinggal bersendirian di sebuah bangsal usang…
[VIDEO] Treler Hilang Kawalan Himpit Pikap Di LPT2, Bapa Maut Dua Anak Cedera
|
Satu kemalangan tragis melibatkan tiga kenderaan di Lebuhraya Pantai…
Treler Terbabas Melintang Jalan, Trafik Sesak 7 Kilometer Di Gua Musang
|
Awal pagi tadi, pengguna jalan raya di laluan Gua…
Tiada Pesta Air, Singapura Tarik Pelancong Dengan Dikir Barat
|
Tatkala Kuala Lumpur sibuk dengan kemeriahan Festival Rain Wave…
Polis Kelantan Berjaya Selesaikan Kes Pelajar Ditikam Kurang Dari 24 Jam
|
Kes pembunuhan tragis membabitkan seorang pelajar kolej wanita berusia…
“Hedonisme Melampau Bukan Budaya Malaysia” – Exco Kelantan Kritik Pesta Air Bukit Bintang
|
Isu penganjuran Pesta Air Bukit Bintang yang didakwa mencetuskan…
Jawatan Kosong Kelantan