Rumah Uzur Hampir Roboh, ADUN Galas Bantu Dua Beranak OKU Di Gua Musang

Keadaan daif dan usang, malah hanya menunggu masa untuk roboh. Itulah keadaan sebuah rumah sewa yang didiami dua beranak di kawasan perindustrian di Gua Musang, Kelantan sejak dua tahun lalu.

Rumah tersebut didiami Zaharah A Kechik, 75, yang lumpuh bersama anak lelakinya, Abdullah Harun, 44, yang mengalami masalah lembam.

Mereka menyewa rumah itu dengan kadar RM200 sebulan.


Sewa Rumah Dibayar Anak

Bayaran sewa rumah tersebut dibantu oleh seorang lagi anak Zaharah iaitu Parid Harun, 50, yang bekerja sebagai tukang kebun di sebuah sekolah.

Parid yang tidak tinggal bersama mereka juga merupakan penerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM450 kerana status Orang Kurang Upaya (OKU) mental.

Kini Zaharah yang terlantar sejak lebih setahun lalu diuruskan sepenuhnya oleh Abdullah.

Wanita warga emas itu turut menerima bantuan JKM sebanyak RM600 sebulan.


ADUN Galas Tampil Hulur Bantuan

Nasib dua beranak itu mendapat perhatian pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri Galas, Mohd Syahbuddin Hashim yang berjanji akan membantu menempatkan mereka di rumah yang lebih selesa.

Menurutnya, keadaan rumah yang didiami mereka terlalu uzur apabila lantai kayu sudah reput manakala bumbung zink juga banyak rosak.

Beliau berkata tindakan segera perlu diambil bagi memindahkan dua beranak terbabit ke tempat yang lebih selamat.


Usaha Cari Penempatan Sementara

Mohd Syahbuddin berkata pihaknya juga akan berhubung dengan beberapa agensi bagi membantu keluarga tersebut.

Antaranya termasuk Pejabat Tanah Jajahan Gua Musang bagi melihat kemungkinan menyediakan rumah sementara.

Selain itu, beliau turut bercadang mendapatkan bantuan penempatan di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Terdahulu beliau menyantuni lima keluarga asnaf di kawasan DUN Galas yang menerima bantuan JKM sempena program ziarah Ramadan.

Mohd Syahbuddin turut menggesa masyarakat setempat supaya peka dengan keadaan jiran sekeliling dan melaporkan kepada pusat khidmat sekiranya terdapat individu yang memerlukan bantuan.


Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

[VIDEO] “Hanya Di Kelantan” Masjid Tayang Tazkirah Pada Skrin Gergasi Raih Pujian
|
Tindakan Masjid An-Naim Sri Cemerlang di Kota Bharu menyiarkan…
Kalau Semua Pelakon Kelantan Ini Digabung Dalam Satu Filem, Confirm Meletup!
|
Kalau bercakap tentang pelakon berasal dari Kelantan, industri seni…
Kisah Bekas Bintang Filem Dewasa Dari Jepun Memeluk Islam Selepas Lawatan Ke Malaysia
|
Nama Kae Asakura atau lebih dikenali sebagai Rae Lil…
APM Ambil Masa Lebih 5 Jam Pindahkan Pesakit Obesiti 180kg Di Pasir Mas
|
Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengambil masa lebih lima jam…
Pilihan Raya Negeri SG4 Dijangka Diadakan Serentak Dengan PRU16
|
Empat negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) iaitu Kelantan,…
200 Unit Vape Bernilai RM20,000 Dirampas Di Tepi Sungai Golok
|
Cubaan menyeludup 200 unit peranti vape ke Thailand gagal…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!