142.3KG Lebihan Makanan Diselamatkan Di Bazar Stadium, Kota Bharu

Sebanyak 142.3 kilogram lebihan makanan berjaya diselamatkan pada hari pertama pelaksanaan program MySaveFood di Bazar Ramadan Stadium, Kota Bharu, pada Isnin.

mysavefood


Program yang digerakkan oleh PEMUDA GEMA MALAYSIA itu turut mendapat kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan bersama 20 sukarelawan daripada Gerakan Pengguna Siswa UiTM Cawangan Kelantan dan GEMA Kelantan.

Turut hadir memberi sokongan ialah Dr. Hafidzah Mustakim, ADUN Kota Lama.

Lebihan makanan yang diselamatkan diagihkan kepada Maahad Muhammadi Lelaki di Pengkalan Chepa, Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Kota Bharu.

Dalam perkembangan sama, inisiatif MySaveFood Ramadhan 2026 memaklumkan sepanjang tiga hari pertama operasi, sebanyak 632.22 kilogram lebihan makanan berjaya diselamatkan hasil kerjasama Gema Kelantan bersama Gerakan Pengguna Siswa Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian dan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan.

Makanan tersebut diagihkan kepada pelajar USMKK, Unit Keselamatan USMKK, Unit Kecemasan HUSM, Masjid USMKK dan Masjid Kubang Kerian.


Sejak diperkenalkan pada 2016, inisiatif MySaveFood Ramadhan terus komited mengurangkan pembaziran makanan sepanjang bulan Ramadan dan membantu golongan memerlukan.

SHARE:

TERKINI

Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Bukan Lagi Untuk Kayangan, HPUSM Tawar IVF Dengan Kos Jauh Lebih Rendah
|
Rawatan persenyawaan in vitro (IVF) kini bukan lagi sesuatu…
PGA Serbu Kilang Kayu Di Kuala Krai, Rampas Kayu Tidak Bercukai Bernilai RM1 Juta
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah kilang kayu yang…
Cuaca Panas Buatkan Itik ‘Merajuk’ Enggan Bertelur, Hilang Selera Makan
|
Seorang penternak itik telur di Kampung Sering, Kota Bharu…
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’, Kisah Hidup Prof Teo Kok Seong, Pakar Bahasa Dari Kelantan
|
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’ Nama Profesor Datuk Dr Teo…
Jawatan Kosong Kelantan