Perantau Terkejut Tiket Bas Balik Raya Ke Kelantan Naik Hingga RM120

Seorang perantau terkejut apabila harga tiket bas untuk pulang ke kampung di Pantai Timur melonjak hampir dua kali ganda menjelang musim perayaan Aidilfitri.

Menerusi perkongsiannya kepada Kosmo!, individu yang menetap di Kajang itu berkata kebiasaannya tiket sehala untuk pulang ke kampung halamannya di Kelantan hanya sekitar RM45.

Namun, harga tiket bagi perjalanan pada Jumaat, 20 Mac meningkat sehingga RM120.

“Kalau bukan musim perayaan harga tiket sekitar RM45 sahaja. Terkejut juga bila tiket nak balik raya naik sampai RM120,” katanya.

Menurutnya, walaupun harga tersebut agak mahal, dia tetap terpaksa membeli tiket berkenaan bagi memastikan dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga di kampung.

“Mahal pun terpaksa beli sebab tiada pilihan. Nak naik kapal terbang lagi mahal pada hari tersebut iaitu sekitar RM1,200 ke atas,” ujarnya.

Caj Musim Perayaan Dibenarkan Kerajaan

Dalam perkembangan berkaitan, seorang pengurus eksekutif sebuah syarikat bas ekspres memaklumkan kenaikan harga tiket pada musim perayaan adalah disebabkan pelaksanaan caj musim perayaan yang dibenarkan kerajaan.

Menurutnya, caj tersebut bukan kenaikan tambang tetap, sebaliknya satu mekanisme yang dibenarkan bagi memastikan operasi pengangkutan awam dapat diteruskan sepanjang musim perayaan.

“Pelaksanaan caj tersebut penting kerana kebanyakan operasi bas pada musim perayaan bersifat perjalanan sehala yang menyebabkan pengusaha menanggung kos tambahan.


“Kebiasaannya bas dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu penuh dengan penumpang, tetapi perjalanan pulang pula kosong atau mempunyai penumpang yang sangat sedikit,” katanya.

Sumber: Kosmo, Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Kerajaan Akan Naikkan Jumlah Bantuan SARA Dalam Masa Terdekat – PM
|
Kerajaan memberi bayangan bahawa kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA)…
Proton Saga Terbakar Di Persimpangan Lampu Isyarat Lapangan Terbang Pengkalan Chepa
|
Sebuah kereta Proton Saga berwarna putih terbakar di persimpangan…
Empat Pengedar Dadah Bergelut Dengan Polis Sebelum Dicekup di Jelawat
|
Cubaan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran…
Baru Sehari Dapat Sijil Kejuruteraan, Pemuda Maut Dilanggar Warga Asing
|
Perjalanan pulang seorang lelaki dari tempat kerja berakhir dengan…
PDRM Kelantan Catat Penurunan Jenayah Indeks Dan Kes Narkotik
|
Kadar jenayah indeks di Kelantan terus menunjukkan trend positif…
Polis Johor Rampas Methamphetamine RM3.04 Juta, Remaja 16 Tahun Antara Lapan Ditahan
|
Seorang remaja berusia 16 tahun antara ditahan dipercayai menjadi…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!