Ini Cara Golongan ‘Dikecualikan Berpuasa’ Rebut Ganjaran 10 Malam Terakhir

Ramai beranggapan hanya mereka yang berpuasa boleh merebut ganjaran besar pada 10 malam terakhir Ramadan. Hakikatnya, Islam tetap memberi peluang kepada semua umat Islam untuk terus beribadah mengikut kemampuan masing-masing.

Pendakwah bebas, Raudhah Rodzli menjelaskan bahawa golongan yang diberikan kelonggaran oleh Allah seperti wanita haid atau orang tua yang uzur masih berpeluang meraih pahala dan menghidupkan malam Lailatul Qadar melalui amalan lain yang dibenarkan.

Menurut beliau, walaupun ada individu tidak dapat berpuasa atas sebab tertentu, pintu pahala tetap terbuka luas sepanjang Ramadan.


Golongan Yang Diberi Kelonggaran Tidak Berpuasa

Dalam Islam, beberapa golongan dibenarkan untuk tidak berpuasa sekiranya mempunyai keuzuran tertentu.

1. Orang Sakit

Individu yang mengalami penyakit dan dikhuatiri berpuasa boleh memudaratkan kesihatan dibenarkan tidak berpuasa. Puasa yang ditinggalkan perlu diganti apabila sudah sembuh.

2. Orang Bermusafir

Mereka yang berada dalam perjalanan jauh juga diberikan kelonggaran untuk berbuka. Perkara ini dinyatakan dalam Surah Al-Baqarah Ayat 185 yang menyebut puasa tersebut boleh diganti pada hari lain.

3. Wanita Haid Atau Nifas

Wanita yang berada dalam keadaan tidak suci tidak dibenarkan berpuasa dan solat. Namun puasa yang ditinggalkan wajib diganti selepas Ramadan.

4. Orang Tua Atau Uzur

Golongan warga emas yang tidak mampu berpuasa kerana faktor kesihatan dibenarkan tidak berpuasa dan perlu membayar fidyah bagi setiap hari yang ditinggalkan.

5. Wanita Mengandung Atau Menyusukan Anak

Wanita hamil atau menyusukan anak turut diberi kelonggaran jika bimbang tentang kesihatan diri atau bayi.


Amalan Untuk Menghidupkan 10 Malam Terakhir Ramadan

Walaupun tidak berpuasa, golongan ini masih boleh menghidupkan malam terakhir Ramadan dengan pelbagai amalan.

1. Berdoa

Perbanyakkan doa sepanjang malam Ramadan kerana waktu ini antara waktu terbaik untuk memohon kepada Allah.

2. Berzikir

Antara zikir yang boleh diamalkan:

  • Subhanallah
  • Alhamdulillah
  • Allahu Akbar
  • La ilaha illallah

3. Membaca Al-Quran Tanpa Menyentuh Mashaf

Bagi wanita haid, kebanyakan ulama menggalakkan membaca al-Quran melalui hafalan atau menggunakan gajet tanpa menyentuh mashaf secara langsung. Membaca terjemahan juga dikira sebagai amalan.

4. Mendengar Bacaan Al-Quran

Mendengar ayat suci al-Quran juga merupakan cara untuk mendekatkan diri kepada Allah.

5. Bersedekah

Memberi sumbangan kepada golongan memerlukan atau menyumbang di surau dan masjid turut menjadi amalan yang besar ganjarannya.

6. Memohon Ampun Dan Bertaubat

Gunakan peluang 10 malam terakhir Ramadan untuk memperbanyakkan istighfar dan memohon keampunan daripada Allah.

7. Menyediakan Hidangan Sahur Atau Iftar

Menyediakan makanan untuk orang yang berpuasa juga merupakan amalan yang besar pahalanya kerana membantu mereka melaksanakan ibadah.

Kesimpulannya, jangan berasa sedih jika tergolong dalam golongan yang tidak dapat berpuasa, kerana peluang meraih pahala pada 10 malam terakhir Ramadan tetap terbuka melalui pelbagai bentuk amalan yang dilakukan dengan ikhlas.


Sumber: Relevan

SHARE:

TERKINI

Uganda Dakwa Sedia Gerakkan 500,000 Tentera Untuk Tawan Iran
|
Ketua tentera Uganda, Jeneral Muhoozi Kainerugaba mencetuskan perhatian antarabangsa…
PGA Rampas 8,000 Pil Yaba Bernilai RM80,000 Di Kebun Sawit Pasir Mas
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas sebanyak 8,000 biji…
Empat Bom Ikan Ditemukan Berhampiran Sempadan Tanah Merah Dimusnahkan
|
Empat objek disyaki bom ikan yang ditemukan berhampiran kawasan…
Iran Bawa Potret Dan Beg Sekolah 165 Murid Terbunuh Terbang Ke Pakistan
|
Tular di media sosial satu hantaran memaparkan ketua delegasi…
Pemilik Restoran Nasi Ulam Cikgu Meninggal Dunia Selepas Rebah Ketika Solat Isyak
|
Pemilik perniagaan terkenal Restoran Nasi Ulam Cikgu di Kampung…
Masih Ada “Buat Darat” Berkumpul Di LTSIP, 16 Kenderaan Disita, 171 Saman Dikeluarkan
|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan bersama Jabatan Siasatan dan…
Jawatan Kosong Kelantan