Penyeludup Lari Tinggal 1.1 Tan Gula Dan Minyak Masak Selepas Dikejar 10KM

Cubaan seorang penyeludup membawa keluar bekalan bersubsidi gagal apabila dia bertindak melarikan diri selepas dikejar sejauh kira-kira 10 kilometer oleh anggota penguat kuasa di Rantau Panjang, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.02 petang itu, suspek yang memandu kereta jenis Proton Waja dikesan melakukan aktiviti penyeludupan sebelum dikejar dari Lubok Gong hingga ke Banggol Kulim.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Aswady Jaafar berkata, sepasukan anggota KPDN bersama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor bertindak mengejar kenderaan terbabit.

Menurutnya, penyeludup itu kemudian meninggalkan kereta berkenaan sebelum melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran Banggol Kulim.

“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut menemukan 510 kilogram (kg) minyak masak peket dan 648 kg gula dengan nilai keseluruhan melebihi RM8,000,” katanya pada Selasa.


Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Bomba Dedah Punca Kebakaran 27 Rumah Di Gok Kapur
|
Kebakaran yang memusnahkan 27 rumah di Kampung Gok Kapur…
Kerajaan Kelantan Tidak Iktiraf Pelantikan Ketua Rohingya Di Setiap Daerah
|
Kerajaan Kelantan menegaskan bahawa pihaknya tidak mengiktiraf pelantikan ketua…
Seakan Pertubuhan Rasmi, Pelarian Rohingya Lantik Ketua Setiap Daerah Di Kelantan
|
Tular di media sosial mengenai kewujudan sebuah laman yang…
Bekal Air Ketum Kepada Nelayan, Dua Lelaki Ditahan Di Tok Bali
|
Kegiatan membekalkan air ketum kepada nelayan dan awak-awak kapal…
Warga Emas Ditahan Bawa 800kg Beras Seludup Dari Thailand Di Tanah Merah
|
Cubaan seorang lelaki warga emas untuk meloloskan diri daripada…
Ronaldo Pemain Pertama Jaring Gol Dalam Enam Piala Dunia
|
Cristiano Ronaldo terus mengukuhkan statusnya sebagai antara pemain terhebat…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!