Ibu Ditikam Anak Perempuan Sendiri Dengan Alat Pembuka Tin Pada Leher

Seorang wanita warga emas cedera selepas dipercayai ditikam oleh anak perempuannya dalam kejadian di Kampung Segineh, Inas, Johol, Kuala Pilah, pada Jumaat.

Mangsa yang berusia lingkungan 80-an dipercayai ditikam pada bahagian leher menggunakan alat pembuka tin.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada orang awam kira-kira jam 7.08 malam.

“Orang awam memaklumkan satu kes pergaduhan telah berlaku di lokasi.

“Hasil siasatan mendapati suspek telah menikam leher ibunya sendiri menggunakan senjata tajam yang dipercayai alat pembuka tin,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Mangsa telah dibawa ke Hospital Rembau untuk mendapatkan rawatan lanjut dan dilaporkan dalam keadaan stabil serta masih dalam pemantauan pihak hospital.

Beliau berkata, suspek yang berusia lingkungan 50-an dan merupakan anak kandung mangsa telah ditahan bagi membantu siasatan.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan kemungkinan suspek mempunyai masalah kesihatan mental.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata atau benda berbahaya,” katanya.


Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah di talian 06-4842999 bagi membantu siasatan.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Johor Rasmi Bubar DUN, PRN Ke-16 Bakal Diadakan
|
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 rasmi dibubarkan berkuat…
Cucu Arwah Tok Guru Nik Aziz Dakwa Ditampar Senator
|
Cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul…
Annuar Musa Dedah Punca Undur Diri Dari KTRW, Bakal Terajui Kelantan City
|
Bekas Presiden Kehormat Kelantan The Real Warriors, Tan Sri…
Kelantan Berpotensi Jadi Hab Tenaga Hijau Negara
|
Kelantan dilihat mempunyai potensi geografi dan cuaca yang besar…
Mufti Kelantan Sifatkan Sambutan Hari Jadi Bertema Bunian Sebagai Kufur Nikmat
|
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyifatkan sambutan hari…
13 Warga Myanmar Ditahan Di Jeli, Bayar RM3,500 Kepada Ejen Untuk Masuk Malaysia
|
Seramai 13 warga Myanmar termasuk dua kanak-kanak lelaki ditahan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!