Terpaksa Berhenti Kerja Jaga Isteri Sakit, Tumpang Rumah Adik Di Pasir Puteh

Seorang buruh terpaksa berhenti kerja dan pulang ke kampung halaman bagi menguruskan isterinya yang terlantar akibat penyakit buah pinggang kronik.

Mohd. Suhairi Mohd. Yaacob, 45, berkata dia sebelum ini menetap di Johor Bahru bersama isterinya, Fatimah Mat Ail, 54, sebelum mengambil keputusan pulang ke Kelantan pada Disember lalu.

Kini mereka menumpang di rumah adiknya di Kampung Kedai Menanti, Selising di sini selepas Fatimah memerlukan penjagaan rapi.

Menurut Mohd. Suhairi, isterinya dikesan menghidap penyakit buah pinggang kronik pada 2024 dan perlu menjalani rawatan dialisis air menggunakan tiub khas pada perut sebanyak empat kali sehari dengan kos mencecah RM800 sebulan.

“Namun atas nasihat doktor, dia perlu menukar kepada kaedah dialisis darah di Hospital Raja Perempuan Zainab II dalam masa terdekat ini.

“Isteri juga memakai lampin pakai buang selain kos ubat-ubatan lain,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Tambahnya, Fatimah tidak lagi mampu bergerak sendiri dan pernah terjatuh ketika cuba bangun.

“Saya buntu memikirkan wang untuk rawatan berkala dan perbelanjaan harian. Kami hanya menumpang di rumah adik dan saya pula tiada pendapatan tetap,” katanya yang mempunyai seorang anak berusia sembilan tahun.


Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional bernombor 0311429000015298 atau menghubungi Mohd. Suhairi di talian 016-730 3089.

Sumber: Kosmo

SHARE:

TERKINI

Ibu Tunggal Masalah Mental, Sakit Jantung Tabah Jaga Lima Anak OKU Di Pasir Puteh
|
Seorang ibu tunggal yang menghidap penyakit jantung berlubang serta…
Penganggur Serang Polis Mengaku Bersalah Miliki Parang Depan Pintu UiTM Machang
|
Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu…
[VIDEO] “Jika Diberi Peluang Saya Pun Nak Lepak Disana” – ADUN Melor
|
Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan semalam sedikit hangat…
Kelantan Rancang Tambah Lokasi Riadah, Aktiviti Permotoran Untuk Bendung ‘Mat Rempit’
|
Kerajaan Negeri Kelantan merancang menyediakan lebih banyak lokasi riadah…
Kelantan Umum Pakej Rangsangan Ekonomi RM2 Juta Kepada Rakyat
|
Kerajaan negeri Kelantan semalam mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Rakyat…
Buruh Ladang Proses Air Ketum Dalam Hutan Sejak 2 Tahun
|
Demi mengaut keuntungan RM30 seliter, seorang buruh ladang sanggup…
Jawatan Kosong Kelantan