Jasad Anggota Bomba Ditemukan Di Pantai Kandis, Adik Masih Hilang

Jasad anggota bomba yang dilaporkan lemas ketika cuba menyelamatkan adiknya di Pantai Kandis, Bachok, ditemukan tengah hari tadi.

Mangsa, Ahmad Badrul Naim Abdul Wahab, 32, yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, ditemukan terdampar kira-kira jam 12.15 tengah hari pada jarak tiga kilometer dari lokasi beliau dipercayai hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Ahmad Ridhuan Mohamad Ghazali berkata, mayat mangsa ditemukan orang awam sebelum dibawa ke Pos Operasi Bomba dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Adik lelaki mangsa berusia 21 tahun yang dikhuatiri lemas masih belum ditemukan,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang Selasa, Ahmad Badrul Naim dipercayai cuba menyelamatkan adiknya, Ahmad Nurruddin Abdul Wahab, 21, yang dilihat terkapai-kapai sebelum kedua-duanya dihanyutkan ombak.

Anak saudara mereka, Mohd Ali Al-Imran, 12, berjaya diselamatkan bapanya yang terjun ke laut sejurus mendengar jeritan meminta tolong.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari kedua digerakkan secara besar-besaran membabitkan 26 anggota bomba termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).

Turut membantu dalam operasi ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Pencarian diteruskan di sepanjang pesisir pantai sejauh 10 kilometer dari lokasi kejadian.

Keadaan laut dilaporkan bergelora dengan ombak setinggi kira-kira satu meter serta fenomena air pasang besar yang menyukarkan operasi, termasuk penggunaan bot penyelamat pada waktu malam.


Tragedi berlaku ketika kira-kira 20 ahli keluarga hadir berkelah di pantai berkenaan sempena cuti umum.

BERKAITAN:
Jeritan Anak Jadi Detik Cemas Insiden Lemas Di Pantai Kandis
Pegawai Bomba Dikhuatiri Lemas Bersama Adik Di Pantai Kandis, Bachok

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

“Bersyukur Masih Hidup…” Penjaga Lembu Ditembak Di Pipi Tak Serik Terus Bekerja
|
“Bersyukur masih hidup.”Itu perkara pertama yang terlintas di fikiran…
Identiti Gadis Ditikam 61 Kali Diketahui, Pelajar Kolej Di Kota Bharu Dari Perak
|
Identiti gadis yang ditemukan maut dengan 61 kesan tikaman…
Wanita Ditemui Maut Di Ketereh Pakai Rantai Leher Ukiran Nama “SYAA”
|
Kes penemuan mayat seorang wanita di Kampung Simah, Ketereh,…
Saksi Nampak Kecederaan Di Muka Dan Leher, Penemuan Mayat Wanita Di Ketereh Diklasifikasikan Kes Bunuh
|
Penemuan mayat seorang wanita di jalan Kampung Kubang Kiat,…
Imam Besar Kelantan Dinobat Tokoh Pekerja Negara Sempena Hari Pekerja
|
Imam Besar Negeri Kelantan, Dr Muhammad Hana Pizi Abdullah…
Penemuan Mayat Wanita Tertiarap Dengan Kesan Tikaman Di Atas Jalan Di Ketereh
|
Penduduk sekitar Ketereh dikejutkan dengan penemuan mayat seorang wanita…
Jawatan Kosong Kelantan