Pegawai Bomba Dikhuatiri Lemas Bersama Adik Di Pantai Kandis, Bachok

Seorang pegawai bomba Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dikhuatiri lemas bersama adiknya ketika berkelah bersama keluarga di Pantai Kandis, muara Sungai Gali, Bachok, petang Selasa.

Mangsa dikenali sebagai Ahmad Badrul Naim Abdul Wahab, 32, dan adiknya, Ahmad Nurruddin Abdul Wahab, 21.

Difahamkan, mereka datang bersama kira-kira 20 ahli keluarga dari Pasir Puteh sebelum kejadian sekitar jam 5.30 petang.

Ketua Polis Daerah Bachok, Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, ketika kejadian beberapa ahli keluarga dipercayai sedang mandi sebelum Ahmad Nurruddin dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun tiba-tiba mengalami kesukaran di dalam air.

Ahmad Badrul Naim yang bertugas sebagai pegawai PPDA di Bayan Baru bersama bapa kanak-kanak berkenaan bergegas memberikan bantuan.

Kanak-kanak tersebut berjaya diselamatkan, namun Ahmad Nurruddin dilaporkan lemas.

Ahmad Badrul Naim yang cuba menyelamatkan adiknya turut dikhuatiri lemas dalam kejadian itu.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok memaklumkan pencarian dilakukan di permukaan air berdasarkan lokasi terakhir kedua-dua mangsa dilihat.


Operasi kali ini disifatkan lebih mencabar kerana membabitkan anggota bomba sendiri.

Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
46 Projek Bernilai RM207.2 Juta Diluluskan Untuk Pasir Puteh
|
Pasir Puteh bakal menerima suntikan pembangunan apabila kerajaan meluluskan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!